KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib berjaya mempertahankan jawatan bagi penggal 2021/2025 selepas mengenepikan lawannya yang juga bekas Timbalan Presiden MOM Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk itu yang dijalankan secara maya hari ini.
Dalam pertandingan dua penjuru itu, Mohd Nazifuddin menang dengan 74 undi berbanding lawannya Abdul Azim yang memperolah hanya 27 undi. Terdahulu, dua calon lain iaitu Presiden Snooker dan Billiard Malaysia (MSBF) Melvin Chia dan Setiausaha Kehormat Persatuan Pelayaran Malaysia Megat Fairuz Khairuddin menghantar notis menarik diri.
Perebutan bagi lima jawatan naib presiden pula menyaksikan Datuk Shahrul Zaman Yahya meraih sokongan tertinggi dengan 81 undi, diikuti Datuk Mumtaz Jaffar (79), Datuk Chong Kim Fatt (79 ), Datuk Nur Azmi Ahmad (76 ) manakala Datuk Megat Zulkarnain Omardin memperoleh 68 undi.
Sementara itu, penolong setiausaha agung untuk kerusi lelaki dimenangi Chan Foong Keong dengan 66 undi berbanding lawannya Syed Zainal Abidin Syed Zin (35 undi), manakala Datuk Mohd Nasir Ali meraih 65 undi untuk menewaskan Datuk Amarjit Singh Gill (36 undi) bagi jawatan penolong bendahari.
Pengundian hari ini bagi melengkapkan senarai barisan kepimpinan tertinggi MOM bagi penggal 2021-2025.
SUKAN-MOM (MOHD NAZIFUDDIN) 2 KUALA LUMPUR
"Saya fikir kami patut berbangga kerana ini suatu yang sangat bersejarah, ini bukan sahaja AGM (mesyuarat agung tahunan) MOM pertama yang kami lakukan secara dalam talian, bahkan kami telah melakukan seluruh proses pemilihan secara maya.
"Saya harap selepas ini, selaras dengan proses digitalisasi dalam industri sukan, apa yang kami telah lakukan di MOM juga boleh dilaksanakan di semua NSA (Persatuan Sukan Kebangsaan) dengan mencontohi sepenuhnya cara kami untuk mereka menjalankan AGM dan pemilihan secara dalam talian," kata Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selepas proses pemilihan.
Pada 27 Ogos lepas, Mohamad Norza mengekalkan jawatan apabila menang tanpa bertanding sebagai presiden bagi penggal 2021-2025 sebaik pencalonan ditutup pada 25 Ogos, manakala Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, yang merupakan muka baharu, juga menang tanpa bertanding bagi jawatan timbalan presiden.
Mohamad Norza, yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), mula menerajui MOM pada 2018 selepas menjadi calon tunggal bagi menggantikan Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 1998.
Ketua Panel Pemilihan Bebas MOM Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos mengesahkan bahawa dua penyandang juga mengekalkan jawatan masing-masing tanpa bertanding - Moira Tan (penolong setiausaha agung wanita) dan Datuk Ahmad Feisal Ahmad Tajuddin (bendahari).
SUKAN-OCM (MOHD NAZIFUDDIN) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Seperti yang saya sebut tadi, masa bergerak begitu pantas dan kami mempunyai beberapa kejohanan besar dari 2022 hingga 2024, jadi untuk masa terdekat ini, lembaga eksekutif baharu akan bermesyuarat dalam dua minggu lagi dan diikuti majlis eksekutif.
"Saya berjanji, bersama rakan-rakan yang baru dipilih, kami akan bekerjasama dengan anda (NSA) untuk membantu persatuan mencapai matlamat seterusnya, " tambahnya.
Mohamad Norza secara peribadi juga menzahirkan rasa terima kasih kepada lima NSA iaitu BAM, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dan Konfederasi Tenpin Boling Malaysia (MTBC) yang mencalonkan beliau untuk menerajui MOM sekali lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Mohd Nazifuddin menang dengan 74 undi berbanding lawannya Abdul Azim yang memperolah hanya 27 undi. - Bernama
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Jadikan pencapaian cemerlang Wendy inspirasi buat atlet pelapis - Mohamad Norza
Mohammad Norza berharap pencapaian Wendy Ng akan menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk mengekalkan dominasi Malaysia dalam sukan itu di pentas antarabangsa.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Penganjuran Sukan Komanwel 2026 tidak membebankan - Nazifuddin
Setiausaha Agung MOM, Datuk Nazifuddin Najib, menyangkal dakwaan bahawa kerajaan akan merasa terbeban dengan kos penganjuran.
Malaysia ditawar secara rasmi jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Tawaran itu merangkumi pelaburan kewangan yang besar menjangkau 100 juta pound (kira-kira RM601 juta) untuk menyokong perancangan bagi penganjuran edisi 2026 itu.
MOM mahu ada kesinambungan acara Sukan SEA 2025, 2027
Majlis Olimpik Malaysia mahu acara sukan Sukan SEA 2025 di Thailand mempunyai kesinambungan dengan edisi seterusnya di Kuala Lumpur pada 2027.
Olimpik Paris: Johnathan atlet ketiga negara layak secara merit
Penembak negara, Johnathan Wong, menjadi atlet ketiga Malaysia layak secara merit ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Belanjawan 2024 mesra industri sukan - MOM
Belanjawan 2024 ambil kira keperluan semua lapisan keluarga sukan negara, kemuncaknya peruntukan RM20 juta untuk program 'Road To Gold'.
Kejayaan 32 pingat Sukan Asia Hangzhou tutup mulut pengkritik sukan negara
Kejayaan itu hasil perancangan rapi pemegang taruh utama iaitu Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN, MOM dan Institut Sukan Negara (ISN).
MOM tunggu laporan penuh ISN keadaan Azizulhani
MOM sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa Azizulhasni susulan kemalangan.
Penetapan sasaran Sukan Asia dijangka guna pendekatan baharu - MOM
MOM serahkan kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk memutuskan pendekatan yang bakal digunakan berhubung sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou 2022.