KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa pihak yang terlibat dengan dua entiti sepak takraw kebangsaan untuk menyelesaikan kemelut antara mereka secepat mungkin demi kebaikan sukan itu.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria percaya sekiranya Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (MASTAF) dapat mencari penyelesaian terbaik, sukan itu mampu pergi jauh di pentas antarabangsa.
"Kita tidak mahu politik dalam persatuan mengganggu perkembangan sukan ini kerana ia berpotensi untuk berkembang maju. Kemelut ini berlanjutan sekian lama, kita mengharapkan ia dapat diselesaikan dengan baik.
"Timbalan Pesuruhjaya Sukan Arrifin Mohd Ghani juga akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik," katanya selepas Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM di Wisma OCM di sini semalam.
Sementara itu, Mohamad Norza berkata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sudah mengeluarkan dokumen proses kelayakan bagi 32 jenis sukan Sukan Olimpik Paris 2024, kecuali olahraga.
"Sebagai pengerusi Jawatankuasa Road to Olympic Paris, jika ada sukan yang kita boleh mengambil peluang untuk proses kelayakan ini, kami akan memberi hala tuju bagi persatuan tersebut supaya memberi kemudahan kepada atlet berkelayakan di Olimpik nanti," katanya.
Bagi Sukan SEA 2023 di Kemboja, Mohamad Norza berkata sebanyak 635 acara daripada 41 jenis sukan bakal dipertandingkan.
"Jawatankuasa pemilihan juga akan diadakan pada 11 Okt tahun ini, dengan keputusan pragmatik perlu diambil untuk menghantar atlet dalam setiap sukan atau sukan yang kita boleh mendapat peluang menang," katanya.
Selain itu, Mohamad Norza berkata Jawatankuasa Keahlian MOM bersetuju dengan kemasukan dua ahli baharu di negara ini iaitu Malaysia DanceSport Federation (MYDF) dan Malaysia Triathlon.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022

Mohamad Norza percaya sekiranya PSM dan MASTAF dapat mencari penyelesaian terbaik, sukan itu mampu pergi jauh di pentas antarabangsa. - Gambar/ Bernama

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

KOM, MS terima teguran MOM
KOM dan MS menerima secara positif teguran Majlis Olimpik Malaysia (MOM), untuk kedua-dua persatuan itu memperbaiki prestasi menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Sukma: Tindakan PABM harus dihormati - MOM
PABM mempunyai kuasa autonomi membuat ketetapan berhubung kesalahan berkaitan isu doping tersebut.

MOM gesa PSM, MASTAF cari penyelesaian terbaik
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menggesa pihak yang terlibat dengan dua entiti sepak takraw kebangsaan untuk menyelesaikan kemelut antara mereka secepat mungkin demi kebaikan sukan itu.

Sukan Komanwel: Sasaran enam emas bukan jalan selamat - MOM
Sasaran tersebut merupakan pendekatan realistik berdasarkan prestasi semasa barisan atlet negara.

Sieh Kok Chi meninggal dunia pada usia 83 tahun
Pemergian Kok Chi merupakan satu kehilangan besar buat sukan dan pergerakan Olimpik di Malaysia.

Sukan Komanwel: Sasaran baharu pingat emas diumum Selasa depan
Sasaran baharu pingat emas negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 akan diumum pada Selasa depan, kata Timbalan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham Gerard Monteiro.

Sukan Komanwel: Sasaran pingat, persediaan atlet dibincang pada mesyuarat MOM
Perubahan sasaran pingat emas pada Sukan Komanwel, Birmingham serta perkembangan persiapan atlet akan dibincangkan pada mesyuarat MOM akan datang.

Sasaran tujuh pingat bukan dibuat 'suka-suka' - Ahmad Faizal
Sasaran tujuh pingat emas ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, England, bulan depan bukan dibuat atas dasar 'suka-suka'.

Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.

MOM tunggu butiran lanjut penangguhan Sukan Asia Hangzhou 2022 - Norza
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menunggu butiran lanjut mengenai penangguhan Sukan Asia Hangzhou 2022 sebelum merangka strategi baharu.