Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggugurkan acara skuasy dan karate dalam senarai akhir program Sukan Olimpik Paris 2024.
Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, bagaimanapun berkata pihaknya tidak akan berputus asa untuk terus melobi agar sukan berkenaan dapat dipertandingkan pada temasya sukan berprestij tersebut.
"Secara peribadi, sudah tentu kita kecewa, namun jangan pernah putus asa dan teruskan usaha melobi hingga akhirnya kita mendapat sukan-sukan yang kita rasa mempunyai kekuatan di peringkat Olimpik," katanya.
Mohamad Norza yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019 di Arena Badminton Perak di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun tuan rumah Olimpik 2024, Perancis menyenaraikan acara 'breakdancing' dalam senarai akhir, beliau percaya proses demokrasi dalam IOC akan mempertimbangkan skuasy dan karate dipertandingkan pada temasya sukan berkenaan.
"Sebagai tuan rumah, Perancis berhak mencadangkan 'breakdancing' sebagai salah satu sukan tambahan tetapi saya rasa keputusan (akhir) di peringkat IOC," katanya.
Khamis lepas, media melaporkan 'breakdancing' dijemput sebagai sukan baharu oleh penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 bertujuan menjadikan temasya sukan terbesar di dunia itu lebih 'urban' dan 'artistik'.
Mengulas mengenai Kejohanan Badminton Kebangsaan 2019, Mohamad Norza berkata kemenangan pemain muda pada saingan berkenaan membuktikan pasukan badminton negara mempunyai ramai pemain pelapis berbakat besar.
"Kita lihat bukan sahaja pemain muda dapat menjuarai kejohanan hari ini, tetapi pada masa sama kita juga dapat menghantar pemain ke Sepanyol dan Laos.
"Maksudnya kita mempunyai kelompok pemain berbakat yang akan kita ketengahkan terutamanya dalam menghadapi pusingan kelayakan Olimpik bermula Mei ini," katanya.
Kedua-dua kejohanan di Laos dan Sepanyol bermula 19 hingga 24 Feb ini. -- Bernama
Bernama
Sat Feb 23 2019
Majlis Olimpik Malaysia bagaimanapun tidak akan berputus asa untuk terus melobi agar sukan berkenaan dapat dipertandingkan Sukan Olimpik Paris 2024. - REUTERS/Fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
MOM kecewa IOC gugurkan skuasy, karate pada Olimpik Paris 2024
Majlis Olimpik Malaysia kecewa dengan keputusan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa menggugurkan acara skuasy dan karate dalam senarai akhir program Sukan Olimpik Paris 2024.