awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MOM, Pejabat Pesuruhjaya Sukan perkukuh hubungan kerjasama

Bernama
Bernama
22/06/2020
20:28 MYT
MOM, Pejabat Pesuruhjaya Sukan perkukuh hubungan kerjasama
Norza berharap akan ada lebih banyak pertemuan antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang. - Bernama
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan mahu memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak.
MOM dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk memperakukan kumpulan kerja bagi membincangkan lebih lanjut bidang kepentingan bersama untuk meningkatkan pembangunan sukan di negara ini melalui Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA).
Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataan itu berharap akan ada lebih banyak pertemuan antara kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.
"Saya yakin terdapat banyak bidang untuk dilaksanakan bagi kepentingan sukan di Malaysia," katanya pada Isnin.
Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdati Mohd Radzi turut bersependapat dengan Mohamad Norza dan meluahkan rasa gembira kerana dapat bertemu dengan ahli Lembaga Eksekutif MOM sejak dilantik pada Julai tahun lepas.
"Mereka adalah pemegang taruh utama dalam ekosistem sukan Malaysia dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan MOM untuk memperkukuhkan lagi Persatuan Sukan Kebangsaan kita," katanya.
Terdahulu beliau mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat MOM di Jalan Hang Jebat, di sini, dan dalam pertemuan itu perbincangan terarah kepada tadbir urus dan pendaftaran persatuan sukan, proses arbitrasi dan penyelarasan program pendidikan untuk meningkatkan jumlah pentadbir sukan berkelayakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Olimpik Malaysia
#Malaysia
#Mohamad Norza Zakaria
#MOM
#Olimpik
#Pejabat Pesuruhjaya Sukan
#sukan
#Wirdati Mohd Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan