KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan menunggu butiran lanjut mengenai penangguhan Sukan Asia Hangzhou 2022 sebelum merangka strategi baharu.
Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata Majlis Olimpik Asia (MOA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) masih belum memberikan butiran lanjut mengenai penangguhan itu, termasuk tarikh baharu.
"Kami telah menerima pemberitahuan lisan daripada mereka. Kami berhubung rapat dengan mereka (MOA dan HAGOC). Kami masih menunggu hitam putih sebelum memaklumkan tindakan yang akan diambil seterusnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu hari ini, Jawatankuasa Olimpik China (JOC), HAGOC dan Lembaga Eksekutif (EB) MOA telah memutuskan untuk menangguhkan Sukan Asia ke-19 dijadual dari 10-25 Sept selepas perbincangan terperinci.
MOA berkata tarikh baharu akan diumumkan dalam masa terdekat, manakala nama dan logo Sukan Asia ke-19 kekal tidak berubah.
BACA: Kes COVID-19 meningkat mendadak, Sukan Asia Hangzhou 2022 ditunda
"HAGOC telah bersedia untuk menganjurkan temasya itu tepat pada masanya walaupun menghadapi cabaran global. Walau bagaimanapun, keputusan di atas telah diputuskan oleh semua pihak berkepentingan selepas mempertimbangkan situasi pandemik dan saiz Sukan," kata MOA dalam kenyataan, tanpa memberikan alasan khusus bagi penangguhan itu.
Bandar Hangzhou yang terletak di tepi tasik hanya kira-kira dua jam perjalanan dari ibu kota kewangan China, Shanghai, yang dilaporkan bergelut dengan pandemik COVID-19 baru-baru ini dan dikenakan sekatan pergerakan yang ketat.
MOA juga mengumumkan pembatalan Sukan Remaja Asia Shantou 2021, dijadual pada 20-28 Dis, yang sebelum ini ditangguhkan bagi tempoh setahun.
Edisi seterusnya akan diadakan pada tahun 2025 di Tashkent, Uzbekistan.
Sementara itu, Chef De Mission (CDM) Malaysia ke Hangzhou 2022 Datuk Chong Kim Fatt berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan MOM tidak lama lagi, untuk merangka strategi baharu untuk Sukan Asia.
"Kita harus menerima keadaan. Buat masa ini kami memberi tumpuan kepada Sukan SEA (di Hanoi berlangsung dari 12-23 Mei). Saya percaya MOM akan membuat pengumuman tidak lama lagi," katanya.
Sejumlah 482 acara daripada 40 jenis sukan disenaraikan untuk temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
Mohamad Norza berkata Majlis Olimpik Asia (MOA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Hangzhou (HAGOC) masih belum memberikan butiran lanjut mengenai penangguhan itu. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Piala Asia: Kami datang bukan untuk kalah, kata Kim Pan-gon
Kesebelasan utama Kim Pan-gon mengundang tanda tanya dalam kalangan peminat sukan yang menuntut agar dia tidak bereksperimen berdepan Bahrain.
Nur Syaiful penerima tertinggi SHAKAM
Beliau yang meraih masing-masing satu pingat emas dan gangsa membawa pulang insentif berjumlah RM110,000.
Penampilan di Sukan Asia lonjak keyakinan Letshanaa untuk KL Masters
Letshanaa berkata bersaing di acara berprestij seperti Sukan Asia telah memainkan peranan penting dalam perkembangannya sebagai pemain.
Hoki Piala Dunia Remaja: KHM sasar skuad negara layak ke suku akhir
Skuad hoki remaja negara diberikan sasaran mara ke suku akhir menjelang Piala Dunia yang bakal bermula 5 Disember ini.
Sukan Asia: Selamat tinggal Hangzhou, jumpa di Aichi-Nagoya 2026
Sukan Asia ke-19 melabuhkan tirainya apabila China mengucapkan selamat tinggal kepada lebih 12,000 atlet dari 45 negara dalam upacara gemerlapan, di sini, malam ini.
Sukan Asia: Pengorbanan Arif tambah kilauan emas bagi Malaysia
Atlet berusia 23 tahun itu berjaya menundukkan pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2021, Daniyar Yuldashev dari Kazakhstan 10-4.
Sukan Asia: Joe Ee beraksi di final dalam kesakitan
Atlet gimrama negara Ng Joe Ee beraksi dalam keadaan menahan kesakitan di belakang badan dan buku lali kiri ketika menduduki tempat ke-11 pada pusingan akhir acara individu all-around Sukan Asia Hangz
Sharul Aimy buru slot Olimpik Paris 2024
Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam kini mengalihkan tumpuan untuk 'memburu' mata kelayakan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Sukan Asia: Lovelly Anne hadiahkan perak
Lovelly Anne Robberth menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara kata individu wanita pada Sukan Asia Hangzhou 2022, pada Khamis.
Sukan Asia: Prannoy sekat Zii Jia ke separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, gagal dalam misi memburu pingat pertama dalam temasya Sukan Asia selepas tersingkir di pusingan suku akhir, di Hangzhou.