KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora tidak menolak kemungkinan beliau akan kehilangan jawatannya selepas Skuad Harimau Selatan itu, tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Mora, 42, berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.
Bagaimanapun, jurulatih dari Mexico itu yang pernah membawa Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019, sejak mengendalikan JDT buat kali kedua pada 2018, mengakui setakat ini hubungannya dengan pihak pengurusan dan pemain adalah sangat baik.
"Mungkin (kehilangan pekerjaan), tetapi saya bukan orang yang buat keputusan itu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurusan dan pemain. Saya sentiasa cuba untuk menang, saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk JDT.
"Jika pihak pengurusan atau TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berpendapat itulah penyelesaiannya, mereka akan maklumkan kepada saya, tetapi buat masa ini kami dalam keadaan sukar, kami okey, kami baik dan selepas ini kami akan mengkaji semula keadaan bila tiba masanya," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini, malam tadi.
Pada perlawanan final Piala Malaysia malam tadi, iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-100 pertandingan berprestij itu, JDT terpaksa menerima kekalahan 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.
Gol KL City FC dijaringkan oleh pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Kapten Paulo Josue (minit ke-74) sekali gus mencipta kegemilangan buat skuad City Boys dan menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia yang diidam-idamkan selama ini.
Sementara itu, Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi.
Menurut beliau, walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pasukannya, namun para pemain telah bermain dengan baik dan beliau melihat kekalahan kepada KL City FC itu dari sudut positif bagi persiapan membina skuad yang lebih mantap pada masa hadapan.
"Tidak, saya tidak fikir mereka (pemain) terlalu yakin. Mereka sangat fokus dan memberi tumpuans serta mempunyai motivasi tinggi dan gol pertama adalah menerusi hantaran silang kerana kita tidak berhati-hati, ini boleh berlaku dan ia adalah situasi individu, tetapi tiada siapa dipersalahkan.
"...jadi kegagalan berlaku untuk kita berjaya. Jika kita tidak kalah, kita tidak merasai perasaan sedih seperti malam ini, mungkin sukar (untuk JDT) untuk berkembang, sukar untuk mengalami evolusi dan sukar untuk melihat bahawa kami perlu melakukan sesuatu untuk terus menguasai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021

Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC, dalam perlawanan penentuan malam tadi. - Gambar fail BERNAMA

Aidilfitri: Bertimbang rasa di jalan raya, elak pemanduan agresif - Ahmad Zahid
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengamalkan sikap bertimbang rasa dan saling menghormati.
Sektor semikonduktor dijangka terus tertekan
Menurut firma penyelidikan Kenanga Research, impak sebenar hanya akan menjadi lebih jelas apabila dasar tarif dan sekatan eksport cip AI dimuktamadkan.
Pendapatan positif dijangka untuk FY25, FY26
Firma penyelidikan RHB Research menganggarkan pendapatan PSG meningkat 32 peratus pada tahun kewangan 2025 dan 21 peratus bagi 2026.
Prestasi syarikat tempatan dijangka positif pada suku kedua
Firma penyelidikan RHB Research berkata, ini dijangka didorong oleh pengurangan stok inventori serta penurunan harga bahan mentah bermula Mac.
Sapura Energy kembali catat keuntungan
Prestasi itu disumbang oleh segmen operasi dan penyelenggaraannya, yang disokong oleh permulaan beberapa projek baharu.
Harga import dan eksport meningkat pada Februari
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, dagangan minyak galian merupakan pemangkin utama kepada peningkatan tersebut.

Penjelasan DESA Group mengenai hantaran media sosial mengelirukan berkenaan ayam sejuk beku yang dirampas
Ayam produk ayam DESA tidak terlibat dalam rampasan atau disita seperti yang dinyatakan dalam posting tersebut.

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan hingga 4.15 petang susulan beberapa insiden kemalangan yang berlaku akibat peningkatan jumlah kenderaan sempena Aidilfitri.

Tarif automotif AS tinggalkan kesan besar terhadap ekonomi Jepun - PM
Rancangan kerajaan Amerika Syarikat untuk mengenakan tarif tambahan 25 peratus ke atas import automotif akan memberi "kesan yang amat besar" kepada ekonomi Jepun.
Pantau Agenda Reformasi: Balik kampung selamat & selesa
Astro AWANI bersiaran langsung dari R&R Seremban bagi mengikuti situasi semasa trafik balik kampung dan bersama dengan wakil PLUS Malaysia untuk memastikan warga kota dapat pulang dengan selamat dan selesa.

Mora bersedia hadapi akibat, susulan kekalahan JDT di final Piala Malaysia
Mora berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalan beliau.