awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto2: Hafizh Syahrin menakjubkan, raih tempat ketiga di GP Jepun!

Bernama
Bernama
15/10/2017
06:44 MYT
Moto2: Hafizh Syahrin menakjubkan, raih tempat ketiga di GP Jepun!
Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh Syahrin selepas memenangi kedudukan yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano di Itali bulan lepas. - Gambar fail
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah terus memberikan persembahan menakjubkan dengan meraih tempat ketiga dalam kategori Moto2 di Grand Prix Jepun di litar Twin Ring Motegi hari ini.
Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 32 minit 12.035 saat melibatkan perlumbaan 15 pusingan manakala dua pelumba Sepanyol - Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS dan Xavi Vierge dari Tech 3 Racing mendapat tempat dua teratas.
Marquez merekodkan masa 32:08.901s dan Vierge mencatat 32:10.366s.
Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh Syahrin selepas memenangi kedudukan yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano di Itali bulan lepas.
Hafizh Syahrin mengumpul 16 mata dan memperoleh tempat ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2, dengan 82 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.
Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team menamatkan perlawanan pada tangga ke-23 dengan masa 32:59.432s.
Topic Berkaitan
#Grand Prix Jepun
#Hafizh Syahrin
#Khairul Idham Pawi
#Moto2 n
#petronas raceline malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan