awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto3: Juara dunia Alonso perbaharui rekod dengan penuh bergaya

Bernama
Bernama
03/11/2024
07:45 MYT
Moto3: Juara dunia Alonso perbaharui rekod dengan penuh bergaya
Pelumba CFMOTO Aspar Team David Alonso menjuarai perlumbaan Moto3 MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. - Foto BERNAMA
SEPANG: Pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team David Alonso membuktikan kehebatannya sebagai juara dunia bagi kelas Moto3 apabila mencatat kemenangan ke-13 musim ini, pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.
Kemenangan luar biasa ini bukan sahaja mengukuhkan status kejuaraan Alonso, yang dinobatkan sebagai juara dunia bulan lepas, tetapi juga menjadikannya pelumba pertama yang mencatat 13 kemenangan dalam satu musim.
Perlumbaan yang berlangsung di bawah terik matahari hari ini, bermula dengan menarik apabila David Almansa daripada Kopron Rivacold Snipers Team yang berlumba dari petak kesembilan tidak membuang masa untuk memecut ke hadapan dan mengetuai saingan.
Ketika perlumbaan berbaki 11 pusingan, Almansa dipintas Joel Kelso daripada BOE Motorsports, tetapi pelumba Australia itu tidak mampu bertahan lama apabila Taiyo Furusato yang mewakili Honda Team Asia berjaya memintasnya untuk mendahului perlumbaan.
Menghabiskan sebahagian besar perlumbaan di tempat ketiga, Alonso memecut ke tempat kedua pada pusingan kelapan sebelum pelumba kelahiran Colombia itu merampas tempat pertama daripada Furusato, dan mempertahankan kedudukan itu sehingga ke garisan penamat dengan catatan masa 33 minit 03.671 saat (s).
Pelumba berusia 18 tahun berkenaan menamatkan saingan di hadapan Furusato dengan kelebihan +0.088s, manakala Jose Antonio Rueda (+0.411s) daripada Red Bull KTM Ajo di kedudukan ketiga.
Selepas menamatkan 19 pusingan musim ini, Alonso kini mengumpul 396 mata, jauh meninggalkan Daniel Holgado daripada Red Bull GASGAS Tech3 di tempat kedua (236 mata), manakala Collin Veijer yang mewakili Liqui Moly Husqvarna Intact GP di ketiga (236 mata).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pelumba CFMOTO Gaviota Aspar Team
#David Alonso
#Moto3
#motogp malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan