Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman, terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi pada Grand Prix (GP) Itali dan GP Jerman selepas terlibat dalam kemalangan semasa sesi latihan bebas kedua di Litar Antarabangsa Mugello, Itali semalam.
Pasukannya ZK Racing menerusi kenyataan memaklumkan pelumba yang lebih mesra dengan panggilan Damok itu mengalami keretakan rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika sesi latihan tersebut.
“Dia akan terlepas dua perlumbaan (GP Itali dan GP Jerman). Damok akan dipantau dari semasa ke semasa untuk proses pemulihan. Mari kita bersama doakan untuk Damok segera pulih dan dapat beraksi dengan lebih baik selepas dia sembuh,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, pelumba berusia 22 tahun berkenaan yang pertama kali beraksi di litar Mugello, berharap dapat segera pulih untuk menyertai perlumbaan akan datang.
“Saya perlu kembali dengan kuat dan pulih secepat mungkin. Saya harap semua mendoakan saya untuk cepat sembuh. Mohon sokong adik-adik saya yang berlumba minggu ini di Red Bull MotoGP Rookies Cup,” katanya menerusi video yang dikongsi ZK Racing pada Sabtu.
Pada sesi latihan bebas pertama sebelum kemalangan, Damok berjaya melengkapkan saingan dengan melakukan catatan sepusingan terbaik dua minit 00.012 saat untuk berada di tempat ke-26 daripada 29 pelumba.
Pusingan GP Itali bermula semalam hingga esok manakala GP Jerman bakal berlangsung pada 16 hingga 18 Jun ini.
Pada pusingan sebelum ini di GP Perancis, Damok gagal menamatkan perlumbaan susulan kemalangan ketika memburu kedudukan dalam kelompok 10 terbaik di Litar Le Mans, Mei lepas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 10 2023
Damok mengalami keretakan rusuk kiri selepas terbabas dan melambung ke udara ketika sesi latihan tersebut. - Gambar/ Stadium Astro
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Damok raih lima mata berharga di GP Argentina
Damok menamatkan saingan perlumbaan pada kedudukan ke-11 dengan catatan masa 35 minit dan 32.132 saat.