awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP 2020 bakal bermula 19 Julai

Astro Arena
Astro Arena
12/06/2020
02:12 MYT
MotoGP 2020 bakal bermula 19 Julai
Perlumbaan akan bersambung pada 19 Julai menerusi Circuito de Jerez yang menyaksikan dua saingan berturut-turut di Sepanyol, diikuti dengan Andalusia. Gambar fail/Astro ARENA
MOTOGP mengesahkan kalendar baru musim 2020 telah dikenal pasti, menyaksikan sekurang-kurangnya 13 perlumbaan dijalankan sebelum hujung tahun bermula 19 Julai depan.
Saingan MotoGP musim 2020 gagal dimulakan selepas wabak coronavirus merencatkan perancangan semua jenis sukan di dunia sambil aksi pembukaan di Qatar dibatalkan ekoran kekangan penerbangan dari Itali.
Walaupun penganjur menyasarkan penghujung Julai sebagai tempoh untuk memulakan saingan, tujuh perlumbaan dibatalkan sambil tiga lagi ditangguhkan.
Namun, perlumbaan akan bersambung pada 19 Julai menerusi Circuito de Jerez yang menyaksikan dua saingan berturut-turut di Sepanyol, diikuti dengan Andalusia.
Saingan akan diteruskan pada 9 Ogos depan di Brno, Republik Czeh sebelum ke Austria, San Marino, Barcelona dan Le Mans.
Empat perlumbaan terakhir akan diadakan di Sepanyol, Aragon dan Valencia, sekitar Oktober dan November nanti.
Empat lagi perlumbaan di luar Eropah juga ditambah dari 22 November hingga 13 Disember melibatkan Amerika Syarikat, Argentina, Thailand dan Malaysia.
Keputusan akhir akan disahkan sebelum 31 Julai nanti.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Argentina
#barcelona
#Circuito de Jerez
#coronavirus
#COVID-19
#Itali
#koronavirus
#Malaysia
#MotoGP
#penerbangan
#perlumbaan
#Qatar
#saingan
#sukan
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan