Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi di Perlumbaan MotorGP Dunia tidak ingin fikir soal kedudukan, sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada usaha mengumpul mata.
Pelumba berasal dari Selangor itu berkata beliau akan berkerja keras untuk terus mengutip mata pada pusingan kedua di Argentina yang dijadualkan berlangsung pada 9 April dan juga pusingan berikutnya.
"Apa yang penting, saya akan sediakan fizikal saya dan terus fokus kepada perlumbaan berikutnya daripada fikirkan soal kedudukan," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Tangkak Racing Track dan Kejuaraan Cub Prix Malaysia ke-25 tahun di sini pada Ahad.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Pelumba berusia 23 tahun itu sebelum ini mencapai keputusan yang baik apabila berjaya mengutip dua mata selepas menduduki tempat ke-14 pada Perlumbaan MotoGP Dunia, pusingan satu di Qatar pada 19 Mac lalu.
Hafizh Syahrin yang beraksi dalam kategori utama Moto GP Dunia untuk pasukan Monster Yamaha Tech3 berkata setelah berjaya mengumpul mata yang baik, barulah beliau akan fikir soal kedudukan dalam perlumbaan.
"Jika dapat tempat kesepuluh terbaik itu boleh dikira sebagai bonus bagi saya," katanya.
"Sekarang ini, saya berlatih sekurang-kurangnya tiga jam sehari dan terus belajar mengenali jentera dengan bantuan pasukan,"katanya.
Sementara itu, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah atas kejayaan Hafiz Syarin dan rakan-rakan sepasukan yang lain dan berharap anak muda itu mampu terus mencipta nama di persada sukan permotoran dunia.
"Selamat maju untuk Hafiz Syarin dan rakan-rakan yang lain untuk musin permulaan tahun ini, Saya harap bukan beliau seorang sahaja tapi ramai lagi rakyat Malaysia mampu naikan Jalur Gemilang di peringkat tertinggi permotoran dunia," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 01 2018
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang beraksi di Perlumbaan MotorGP Dunia tidak ingin fikir soal kedudukan, sebaliknya ingin memberi tumpuan kepada usaha mengumpul mata. -Gambar fail
2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta
Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di Johor Bahru, pagi Selasa.
LBS menamatkan kempennya dengan ganjaran RM1.5 juta buat 1,400 pembeli bertuah
LBS Bina Group Berhad (LBS) sebagai pemaju yang mengutamakan pelanggannya telah menamatkan kempen LBS Fabulous Extra yang berjalan sejak 2022 hingga 2023 dengan ganjaran bernilai RM1.5 juta.
Pesawah dituduh buat kenyataan menghasut di WhatsApp
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan membuat kenyataan menghasut di menerusi aplikasi WhatsApp pada Selasa.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
TMJ, Hafizh Syahrin mula langkah tubuh JDT Racing Team
Tunku Ismail bertemu Hafizh Syahrin dan Valeriano Rodriguez untuk berbincang mengenai pembentukan pasukan menjelang kempen musim 2024.
Hafizh Syahrin umum perkembangan baharu bersama JDT Racing Team minggu depan
Hafizh Syahrin Abdullah, bakal mengumumkan perkembangan baharunya bersama pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Racing Team, minggu depan.
Hafizh Syahrin tekad tunjuk 'taring sebenar' bersama JDT
Selepas mendapat tajaan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), pelumba motosikal negara Hafizh Syahrin Abdullah bertekad untuk menunjukkan 'taring sebenar' di Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024.
JDT Racing Team barakan dunia permotoran
JDT dijangka melebarkan sayap jenama kelab itu apabila menceburi arena perlumbaan permotoran bersama Hafizh Syahrin Abdullah.
WSBK: Hafizh Syahrin akhiri cabaran tempat ke-16
Pelumba dari Kuala Lumpur itu ketinggalan 1 minit 2.195 saat (s) daripada pemenang dari Sepanyol, Alvaro Bautista.
Kami pertaruh nyawa, kata Hafizh Syahrin tagih kepimpinan bebas agenda luar
Pandangan itu mengulangi persoalan yang dilontarkan Azlan Shah berhubung kemalapan sukan permotoran kebelakangan ini.
WSBK: Kurang uji jentera rencatkan permulaan Hafizh Syahrin
Hafizh turut mengakui kekurangan data pelumba lain juga menyebabkan beliau tidak berupaya memberi tentangan sengit.
Hafizh Syahrin sertai WSBK 2022 bersama Mie Racing Honda
Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah bakal membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda bermula musim depan.