awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
13 individu ditahan insiden rusuhan bersenjata di restoran
Pengiktirafan Israel terhadap Somaliland langgar undang-undang antarabangsa - Presiden Somalia
Nilai eksport negara catat RM1.45 trilion setakat November tahun ini - Pengerusi MATRADE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MotoGP: Quartararo dua kali kemalangan, Bastianini kuasai GP Aragon

Astro Arena
Astro Arena
19/09/2022
03:53 MYT
MotoGP: Quartararo dua kali kemalangan, Bastianini kuasai GP Aragon
Quartararo yang mendahului MotoGP di depan pencabar terdekat, Francesco Bagnaia, menganggap Marquez tidak bernasib baik apabila tergelincir di Pusingan 3. - Stadium Astro
PENUNGGANG Yamaha, Fabio Quartararo, mendedahkan bahawa dia terlibat dalam kemalangan skuter ketika menuju 'pitlane' sebaik berlanggar dengan Marc Marquez dalam Grand Prix (GP) Aragon, awal pagi tadi.
Pendahulu MotoGP itu terbabas selepas bergesel dengan belakang jentera pelumba Sepanyol itu -- kali terakhir beraksi pada Mei lalu -- dalam Pusingan 3.
Sekalipun beberapa bahagian dadanya melecet ketika terjatuh bersama jentera M1 itu, dia tetap berusaha meneruskan perlumbaan.
Tetapi sekali lagi malang menimpanya ketika menuju ke garaj Yamaha berikutan skuter yang diboncengnya terbabit dengan kemalangan, mujur tidak mengundang sebarang kecederaan tetapi ia telah menafikan hasratnya untuk meneruskan perlumbaan.
“Saya berasa sakit dan melecet. Malangnya kerana ini kali pertama saya beraksi bagus di Aragon dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Terhempas di selekoh ketiga bukanlah yang terbaik.
His winning streak may be halted, but his title hopes are very much alive @PeccoBagnaia feels content with today's result behind a "more competitive" @Bestia23 #AragonGP | https://t.co/QJDajvD06m
— MotoGP (@MotoGP) September 18, 2022
“Saya menempuhi perlumbaan yang sukar ini tetapi tetap bermotivasi dalam perlumbaan seterusnya.
“Selepas kemalangan pertama, skuter marshal yang membawa saya berlanggar jadi saya mengalami kemalangan kedua. Ia berlaku agak pantas sebenarnya.
“Nasib baik saya tidak menanggalkan topi keledar saya.
"Marshal bertembung dengan skuter lain, ia dipandu agak laju, nasib baik saya tidak mengalami apa-apa kecederaan daripada kemalangan itu.
“Semua kecederaan yang dialami ketika ini adalah daripada kemalangan pertama. Saya rasa marsyal itu juga mengalami lebam.”
Dalam masa sama, Quartararo-- kini 10 mata mendahului MotoGP di depan pencabar terdekat, Francesco Bagnaia, yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Enea Bastianini -- menganggap Marquez tidak bernasib baik apabila tergelincir di Pusingan 3 jadi pergeseran mereka tidak dapat dielakkan. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#MotoGP
#fabio quartararo
#marc marquez
#GP Aragon
#Yamaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan