awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2024
03:40 MYT
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Mourinho hadir menyaksikan perlawanan EPL antara Fulham dan Liverpool di Craven Cottage, London, Britain, 21 Apr 2024. - REUTERS
JOSE Mourinho dilihat berada di tempat duduk penonton menyaksikan kemenangan 3-1 Liverpool ke atas Fulham di Craven Cottage pada Ahad.
Dalam perlawanan itu, tendangan percuma Trent Alexander-Arnold membuka tirai jaringan dan Timothy Castagne mendapat gol penyamaan sebelum separuh masa sebelum jaringan Ryan Gravenberch dan Diogo Jota memastikan kemenangan untuk Liverpool.
Mourinho yang terkenal dengan gelaran The Special One pernah berkhidmat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea dan Manchester United menghadiri perlawanan itu bersama rakannya yang juga pengendali Turki, Vincenzo Montella.
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp di Anfield.
Klopp akan meninggalkan The Reds selepas sembilan tahun pada musim panas ini dan buat masa ini masih belum ada kepastian siapa yang akan menggantikannya.
Seorang peminat Liverpool menulis di X: Saya fikir dia akan menggantikan Klopp.
Seorang lagi pengguna X menulis sebagai respons: "Keadaan mungkin lebih buruk jika Mourinho mengendalikan pasukan.
"Jika pilihan terbaik tidak tersedia pada masa ini, mungkin penyelesaian jangka pendek seperti Mourinho boleh mengisi jawatan itu sehingga pengurus terbaik bersedia untuk datang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#jurgen klopp
#Liverpool
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan