awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kompromi kes buli di sekolah, KPM perkenal Polisi Perlindungan Kanak-Kanak
252 sekolah di Perak kurang murid - Pengarah Pendidikan Negeri
DeepSeek lancar model AI V4 Februari ini, fokus pengaturcaraan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho kirim 'surat cinta' enam muka surat buat United?

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
24/01/2016
08:13 MYT
Mourinho kirim 'surat cinta' enam muka surat buat United?
Mourinho pernah bertugas di bawah kendalian Louis van Gaal bersama pasukan Barcelona di antara tahun 1997 hingga 2000 - Foto AP
Joes Mourinho dikatakan telah menghantar surat sepanjang enam halaman kepada Manchester United bagi menyatakan kesediaannya menjadi pengurus baharu pasukan tersebut, lapor The Independent.
Surat tersebut turut menjelaskan kesediaan Mourinho untuk mematuhi segala prinsip United, rancangan untuk pasukan, dan beberapa keputusan penting yang akan diambil sekiranya dilantik.
Louis van Gaal yang kini menyandang jawatan tersebut kembali berada dalam situasi sukar setelah keputusan terkini Sabtu lalu menyaksikan United tumbang 0-1 di tangan Southampton.
United enggan memberikan sebarang komen namun ejen Mourinho, Jorge Mendes menafikan sekeras-kerasnya kewujudan surat tersebut.
"Tidak ada sesiapa pun yang terfikir pengurus seperti Mourinho akan menulis surat untuk mana-mana kelab untuk mencari kerja," jelas Mendes dalam satu kenyataan. "Ini semua mengarut."
Bekas pengurus Chelsea itu telah dikaitkan dengan United sejak tahun 2013 apabila digembar-gemburkan akan menggantikan Sir Alex Ferguson yang akhirnya memilih David Moyes.
Louis van Gaal tiba setahun kemudian selepas kempen United bersama Moyes tidak mencatatkan hasil memberangsangkan.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Jorge Mendes
#Jose Mourinho
#Louis van Gaal
#Manchester United
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan