awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho persoal keputusan pengadil

Astro Arena
Astro Arena
31/12/2017
04:44 MYT
Mourinho persoal keputusan pengadil
Ashley Young melakukan sepakan percuma pada perlawanan EPL antara Manchester United dan Southampton di Old Trafford, Manchester, Britain, 30 Disember, 2017. REUTERS
MANCHESTER UNITED 0 SOUTHAMPTON 0
Jose Mourinho mempersoalkan keputusan pengadil, Craig Pawson, selepas Manchester United dinafikan sepakan penalti yang dianggapnya jelas dalam keputusan seri tanpa jaringan dengan Southampton di Old Trafford awal pagi tadi.
Bos United itu berkata pasukannya sepatutnya diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Maya Yoshida dalam kawasan penalti ketika Jesse Lingard berusaha memecah kebuntuan gol.
Ketika pemain antarabangsa England itu melambungkan bola dari jarak 18 meter, lengan kanan Yoshida tersentuh bola, namun pengadil Pawson menganggap insiden itu tidak layak dihukum.
Mourinho berasakan bahawa ia merosakkan persembahan pegawai -- apabila United mencatatkan seri ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana dan tergelincir ke tempat ketiga selepas Chelsea melakar kemenangan 5-0 ke atas Stoke City.
"Saya fikir ia adalah hari mengecewakan untuk Craig (Pawson) kerana dia adalah pengadil yang hebat, salah seorang pengadil paling baik di Eropah," kata jurulatih Portugis itu kepada BT Sport. "Ia adalah salah satu perkara utama (perlawanan).
"Kami terlepas peluang mudah tetapi saya tidak berpuas hati dengan keputusan itu, bukan dengan prestasi Pawson.
"Saya fikir Craig mempunyai persembahan baik, ia adalah satu keputusan besar dibuatnya," katanya.
Masalah United ditambah apabila Romelu Lukaku dikeluarkan selepas mengalami pelanggaran kepala teruk pada minit kelapan sementara Mourinho kemudian mengesahkan Zlatan Ibrahimovic juga akan direhatkan akibat masalah lutut.
Topic Berkaitan
#Jose Mourinho
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester United
#Southampton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan