awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mourinho tidak pasti masa depan Pogba

Astro Arena
Astro Arena
15/09/2018
03:39 MYT
Mourinho tidak pasti masa depan Pogba
Mourinho (kiri) dan Pogba ketika perlawanan EPL antara Brighton & Hove Albion dan Manchester United di Stadium The American Express Community, Brighton, Britain, 19 Ogos, 2018. REUTERS / Fail
PENGENDALI Manchester United, Jose Mourinho, tidak pasti mengenai masa depan Paul Pogba tetapi menjelaskan pemain tengah itu tidak pernah memberitahunya untuk meninggalkan pasukan.
Pogba, 25, dikaitkan dengan jalan keluar dari Old Trafford tatkala gergasi LaLiga, Barcelona, menunjukkan minat buat pemain yang bersama United sejak meninggalkan Juventus, dua tahun lalu.
Mourinho menegaskan tiada sebab untuknya mempercayai Pogba mahu meninggalkan United sambil melihat pemain Perancis itu akan kekal.
"Jika saya melihat ejen Pogba, Mino Raiola, bercakap di televisyen bahawa pemain itu mahu berpindah, kemudian dia menguruskan urusan untuk Pogba meninggalkan kelab, mungkin saya akan percaya," kata Mourinho.
"Pada waktu ini, saya berada di dalam gelap. Apa yang jelas buat saya adalah pemain itu mampamerkan semangat bersatu dalam pasukan dan tidak pernah memberitahu untuk berpindah.
"Jika dia tidak memberitahu saya hasrat untuk berhijrah, ia disebabkan dia mahu kekal. Itu teori saya."
Tatkala dia masih belum pasti tentang masa depan Pogba, Mourinho mahu mengekalkan khidmat David de Gea, Juan Mata, Ander Herrera dan Luke Shaw yang bakal mengakhiri kontrak pada penghujung musim ini.
"De Gea tidak memerlukan banyak kenyataan. Perkembangan Shaw membuatkan kami percaya di berada di landasan terbaik dan sudah tentu saya mahu mengekalkannya.
"Mata dan Herrera, walaupun jika mereka tidak beraksi atau jarang bermain, namun berdasarkan pemerhatian saya serta perwatakan yang ditampilkan, termasuk penampilan yang ditunjukkan dalam dunia bola sepak moden, mereka adalah barisan pemain unik yang tidak mahu saya lepaskan."
Topic Berkaitan
#barcelona
#bola sepak
#David de Gea
#hijrah
#Jose Mourinho
#kontrak
#Luke Shaw
#Manchester United
#Mino Raiola
#Paul Pogba
#Perancis
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan