awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moyes mahu segera perkuat West Ham

Astro Arena
Astro Arena
28/12/2017
03:22 MYT
Moyes mahu segera perkuat West Ham
MOYES: etiap pemain telah menunjukkan keinginan yang hebat dan komited dalam latihan.
DAVID MOYES menggesa West Ham untuk segera bertindak dalam jendela perpindahan Januari bagi menangani 'skuad yang tidak seimbang'.
West Ham menduduki tempat ke-17 dalam Liga Perdana Inggeris, satu mata di atas zon penyingkiran, selepas memenangi dua daripada sembilan perlawanan liga sejak Moyes dilantik sebagai pengganti Slaven Bilic.
Kelab itu gagal melengkapkan perjanjian untuk pemain antarabangsa Portugal dari Sporting CP, William Carvalho, pada tarikh akhir dan jurulatih dari Scotland itu percaya West Ham perlu perkuatkan kawasan tengah.
"Saya telah memberikan peluang kepada pemain," katanya kepada laman web rasmi West Ham. "Saya mahukan segera kerana saya tidak boleh tunggu tiga atau empat bulan lagi.
"Sebaik-baiknya, saya mempunyai enam atau tujuh perlawanan pra-musim untuk memahami apa yang mereka suka dan apa yang mereka lakukan, tetapi tidak.
"Saya harus mengatakan setiap pemain telah menunjukkan keinginan yang hebat dan komited dalam latihan, tetapi saya fikir kami kurang dalam beberapa kawasan dan terlebih di posisi lain. Sebagai contoh, kami mempunyai ramai penyerang tetapi kurang pemain tengah.
"Kami mempunyai beberapa pemain yang selesa bermain di sebelah kiri tetapi tidak ramai yang boleh bermain di sebelah kanan, jadi kami sedikit tidak seimbang dan harus diperbetulkan pada Januari ini," ujarnya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#David Moyes
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan