awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MPL MY: Homebois mara ke grand final, layak ke MSC 2025

Bernama
Bernama
14/06/2025
21:10 MYT
MPL MY: Homebois mara ke grand final, layak ke MSC 2025
Homebois (gambar) meraih tiket automatik ke kejohanan MSC sempena Piala Dunia Esports 2025 yang dijadual berlangsung di Riyadh pada Julai. - Foto MPL MY
KUALA LUMPUR: Pasukan Homebois berjaya melayakkan diri ke grand final Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPL MY) musim ke-15 selepas menumpaskan DX Soul 3-2 pada aksi final lower bracket yang berlangsung di Stadium Juara di sini semalam.
Lebih manis, kejayaan itu turut menyaksikan bekas juara MPL MY musim ke-13 itu meraih tiket automatik ke kejohanan Mid Season Cup (MSC) sempena Piala Dunia Esports (EWC) 2025 yang dijadual berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai ini.
Menggunakan format best of five (B05), anak buah Ervan Pratama (Erpang) bermula baik apabila memenangi perlawanan pertama sebelum DX Soul menyamakan kedudukan 1-1 dengan memenangi perlawanan kedua.
Memasuki perlawanan ketiga Homebois kembali memperkemaskan permainan untuk memenangi aksi itu, namun DX Soul sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas memenangi perlawanan keempat untuk mengheret aksi berkenaan ke perlawanan kelima.
Pada perlawanan terakhir itu, Homebois berjaya menampilkan persembahan yang memukau dari awal permainan sebelum memenangi aksi dengan keputusan 3-2, sekali gus menempah slot ke Grand Final MPL MY musim ke-15 bertemu juara bertahan Selangor Red Giants (SRG.OG) hari ini.
"Kami sangat gembira dengan kejayaan ini. Sasaran kami selepas ini adalah untuk merampas piala daripada SRG.OG," kata Erpang selepas perlawanan.
Terdahulu, SRG.OG melayakkan diri ke Grand Final selepas menewaskan Homebois di final upper bracket 3-2 pada awal bulan ini.
Kejayaan itu menyaksikan SRG.OG yang juga juara bertahan MSC menjadi pasukan pertama dari Malaysia melayakkan diri ke kejohanan itu pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#homebois
#DX Soul 3-2
#Mobile Legends
#SRG OG
#MPL MY
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami