awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MSC 2025: TLPH sekat hasrat SRG.OG pertahan kejuaraan

Bernama
Bernama
02/08/2025
22:20 MYT
MSC 2025: TLPH sekat hasrat SRG.OG pertahan kejuaraan
SRG.OG tewas 1-4 kepada TLPH pada aksi final utama di Riyadh, Arab Saudi, Sabtu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hasrat Selangor Red Giants (SRG.OG) untuk mempertahankan kejuaraan Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Piala Pertengahan Musim (MSC) tidak kesampaian apabila terpaksa tunduk 1-4 kepada wakil Filipina Team Liquid PH (TLPH) pada aksi final utama di Riyadh, Arab Saudi semalam.
Perlawanan yang berlangsung dalam format tujuh terbaik itu menyaksikan pasukan SRG.OG dibarisi Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) serta dua pemain import, Mark Genzon Sojero Rusiana (Kramm) dan John Vincent Banal (Innocent) membuka gelanggang dengan garang apabila memenangi aksi pertama dalam tempoh 16 minit.
TLPH kemudiannya bangkit memperkemas corak permainan dan mengubah taktik mereka dan ia nyata sukar ditandingi buat SRG.OG apabila wakil Filipina itu memenangi empat perlawanan berturut-turut sekali gus meraih gelaran pertama mereka.
Selaku juara TLPH membawa pulang hadiah tunai USD 1 juta (kira-kira RM4.2 juta) manakala naib juara SRG.OG meraih USD 500,000.
Sementara itu, tempat ketiga bagi kejohanan MSC dimenangi wakil Filipina ONIC PH yang menumpaskan pasukan Indonesia ONIC ID 3-2 pada aksi penentuan petang semalam.
Satu lagi wakil Malaysia, Homebois tidak pulang tangan kosong apabila membawa pulang USD 66,000 selepas menamatkan saingan di kedudukan 9 hingga 12.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SRG OG
#Mobile Legend Bang-Bang
#TLPH
#Arab Saudi
#mlbb
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan