KUALA LUMPUR: Entiti baharu sepak takraw negara, Konfederasi Sepaktakraw Malaysia (MSC) 'hairan' apabila masih belum diterima sebagai ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Selepas diiktiraf dua badan induk antarabangsa iaitu Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.
Presiden MSC Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata pihaknya menghormati bidang kuasa MOM untuk terus mengiktiraf Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), namun 'bingung' kerana sehingga kini MSC belum menerima jawapan yang dinanti-nanti.
Justeru, beliau berharap MOM akan menerima MSC kerana menurutnya secara teknikal atau mengikut perlembagaan MOM, PSM tidak layak menjadi ahli gabungan selepas disingkirkan ASTAF dan ISTAF.
"Kita telah menulis surat seperti diarah, kita diminta mematuhi kriteria, jadi kita tunggu MOM saja...daripada MSC kita sudah penuhi semua arahan dan keperluan," katanya pada sesi ramah mesra MSC bersama media yang disusuli dengan majlis berbuka puasa di sini, semalam.
Sebagai rekod, MSC sah sebagai ahli baharu ASTAF pada 5 Mac lepas sebelum turut diterima menjadi ahli gabungan ISTAF berkuat kuasa pada 4 April ekoran ASTAF menggugurkan keahlian PSM pada Mei 2021.
Mengulas lanjut, Suhaili berkata MSC masih mampu menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang diiktiraf ASTAF dan ISTAF biarpun belum diterima MOM, yang menyaksikan perkara itu membataskan kuasa mereka terhadap persiapan atlet ke temasya Sukan SEA dan Sukan Asia.
Tambah beliau, ketika ini MSC sedang memberikan tumpuan kepada persiapan acara sepak takraw Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) di sekitar Lembah Klang.
"Kita juga bercadang untuk menganjurkan pertandingan praSukma, setelah satu mesyuarat yang diadakan oleh PJS (Pesuruhjaya Sukan) dan MSN telah memberikan kita mandat untuk MSC mengendalikan Sukma dan juga MSL (Malaysia Sports League)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata MSC akan membentangkan pelan tindakan 2022 hingga 2025 dengan usaha membangunkan sukan sepak takraw sebagai agenda utama selepas ia dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, MSN dan PJS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Suhaili berharap MOM akan menerima MSC kerana menurutnya, secara teknikal atau mengikut perlembagaan MOM, PSM tidak layak menjadi ahli gabungan selepas disingkirkan ASTAF dan ISTAF. - Gambar fail

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

12 atlet lagi tersenarai ke Sukan Komanwel Birmingham
Keseluruhannya, 107 atlet - 69 lelaki, 38 wanita - akan membawa cabaran negara di Birmingham dengan sasaran tujuh emas.

Kelayakan RDAG 2022 negara ditangguhkan - MOM
Keputusan itu dibuat selaras dengan penangguhan Sukan Asia 2022 yang awalnya dijadualkan berlangsung Hangzhou, China September ini, ke tahun depan.

Sukan SEA: Sasaran tiga terbaik akan dibincang lebih terperinci - MOM
MOM akan berbincang bersama Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi Datuk Nur Azmi Ahmad dan Majlis Sukan Negara bagi memutuskan sama ada sasaran itu realistik atau sebaliknya.

Sukan Asia 2022 tidak ditunda - MOM
Desas-desus mengatakan Sukan Asia 2022 di Hangzhou ditunda ke tahun depan adalah tidak benar, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria..

MSC tunggu MOM buka pintu sebagai ahli gabungan
MSC hanya mahu menjadi sebahagian daripada MOM dalam misi memperkasakan sukan tradisional itu.

MSC masih tunggu keputusan MOM
MSC sudah membuat permohonan untuk menjadi ahli gabungan MOM pada 7 Mac lalu.

Jawatankuasa Perubatan MOM pertimbang penilaian jantung untuk atlet sukan berintensiti tinggi
Syarat minimum bagi sukan berintensiti tinggi seperti bola sepak, hoki, badminton dan skuasy ialah atlet sekurang-kurangnya perlu menjalani penilaian jantung.

Kepimpinan baharu PSM janji selesai kemelut ASTAF secepat mungkin
Mohd Sumali berkata beliau berharap dapat memulihkan kembali nama baik PSM serta mengembalikan hubungan baik bersama ASTAF.

MOM yakin Olimpik Musim Sejuk Beijing berjaya
Penganjur telah menetapkan SOP ketat dan memperkenalkan gelembung sukan bagi membendung penularan wabak.

Azizulhasni, Zii Jia antara calon penerima Biasiswa Olimpik - MOM
Kesemua 15 atlet itu dipilih daripada keseluruhan 40 pencalonan yang diterima pihaknya menerusi 11 jenis sukan.