Majlis Sukan Negara, (MSN) mahu meneliti laporan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, (PKBM).
Ia berhubung dengan isu lagu Negaraku yang tidak berkumandang ketika saingan Kejohanan Berbasikal Asia, (ACC) di New Delhi, India minggu lepas.
Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya perlu meneliti laporan berkenaan kerana terdapat percanggahan maklumat walaupun PKBM menganggap perkara itu sudah selesai.
Dalam laporan akhbar pada Jumaat, Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata wujud salah faham membabitkan isu berkenaan.
Isu itu didedahkan jaguh lumba basikal, Azizulhasni Awang yang meluahkan kekecewaannya menerusi laman sosial Twitter.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila rakaman lagu kebangsaan itu berada dalam simpanan pengurus pasukan, Ibrahim Mustapha yang ketika itu berada di Taj Mahal bagi meraikan pelumba paralimpik.
Mengulas lanjut, Zolkples berkata MSN tidak akan mengambil tindakan terhadap Ibrahim.
Sebaliknya ia diserahkan kepada PKBM bagi menentukan langkah atau tindakan yang sesuai.
Astro Awani
Fri Mar 15 2013
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.