Teka-teki mengenai jawatan Presiden Persatuan bolasepak Kedah (KFA) akhirnya terjawab apabila Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai presiden KFA yang baru.
Pelantikan Mukhriz dibuat dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) oleh persatuan itu di Blok B Wisma Daru Aman Alor Setar.
Seramai 28 ahli gabungan terdiri perwakilan yang mewakili persatuan-persatuan sukan sebulat suara melantik Mukhriz.
Mukhriz dilantik sebagai presiden bagi menggantikan bekas Menteri Besar yang juga bekas presiden KFA Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilantik secara automatik menjawat jawata itu sebelum ini.
Kerusi itu kosong ekoran kesihatan azian merosot dan melepaskan jawatan itu pada Jun lalu.
Perlembagaan KFA sebelum ini menetapkan Presiden persatuan itu adalah Menteri Besar.
Namun perlembagaan baharu yang diubah pada 2010 menyaksikan jawatan tersebut dan Eksekutif KFA bukan lagi automatik, sebaliknya harus dipertandingkan.
Mukhriz mengisi jawatan berkenaan tanpa bertanding kerana hanya nama beliau yang dicalonkan selepas tarikh penghantaran borang pencalonan ditutup baru-baru ini.
Sementara itu Mukhriz berkata, beliau berjanji akan mengemablikan semula kegemilangan bolasepak Kedah sejajar dengan aku janji BN untuk mengembalikan semula bolasepak Kedah.
Namun amanah yang dipikul adalah berat kerana sukan bolasepak ialah sukan nombor satu rakyat Kedah dan tugas mengembalikan kecemerlangan bola kedah amat mencabar.
Justeru KFA mempunyai perancangan yang perlu diberi perhatian terutama bagi pembangunan semula program-program sukan dan pasukan liga di Malaysia.
Belau berkata kemungkinan pelaburan lebih besar di perlukan KFA bagi mengembalikan kecemerlangan pasukan Kedah seperti era 80-an dan 2007/2007 sebelum ini dan tajaan banyak pihak.
KFA juga akan melihat kelab-kelab bolasepak antarabangsa yang tertentu untuk dijadikan model pembangunan baru terutama dalam aspek pengurusan pasukan namun kelab tersebut belum diumumkan.
“Kita belum memuktamadkan lagi, buat masa ini belum tiba masanya untuk saya umumkan nama kelab tersebut tetapi kita nak belajar daripada kelab-kelab daripada luar bukan setakat dari segi kemahiran tetapi juga dari segi pengurusanya.”
Pada majlis itu turut dilantik jurulatih baru pasukan kedah Datuk Ahmad Shafie yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih Kedah di era 80-an.
Astro Awani
Thu Jul 25 2013
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Thiago Alcantara sertai Liverpool, perpindahan cecah 25 juta pound
Perpindahan Thiago dengan kontrak empat tahun bersama Liverpool bernilai 20 juta pound (RM106.7 juta) dengan tambahan 5 juta pound (RM26.7 juta).
Harimau Malaya tewas? Ini reaksi spontan Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Harimau Malaya tidak kecewa dan terus usaha.
Kawasan Stadium Shah Alam digenangi air selepas hujan hampir sejam
Hujan yang berterusan hampir sejam itu menyaksikan sebahagian kawasan parkir kereta di stadium tersebut digenangi air.