ANDY Murray tidak dapat beraksi dalam Kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas lebih seminggu disahkan positif koronavirus.
Murray, yang merupakan finalis sebanyak lima kali di Melbourne, sedang menjalani pengasingan kendiri di kediamannya selepas diuji positif COVID-19 pada 14 Januari lalu.
Pemenang tiga kali kejuaraan utama itu, yang kini berada di rangking ke-123 dunia, berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan selepas mendapat tiket peluang khas.
Bagaimanapun, pihak penganjur kejohanan itu memberikan isyarat bahawa amat sukar untuk Murray berada dalam jadual perlawanan mereka memandangkan dia tidak dapat berlepas ke negara itu menerusi salah satu penerbangan rasmi mereka selain perlu menjalani tempoh kuarantin yang ditetapkan.
VIDEO: Terbuka Australia: 72 pemain tenis jalani kuarantin
BACA: Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard
BACA: COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
BACA: Terbuka Australia: Empat kes positif COVID-19 dikesan
Semalam, pemain berusia 33 tahun itu mengesahkan bahawa dia tidak dapat menemui penyelesaian dengan pihak berkuasa negara itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan The Guardian dan media United Kingdom (UK), Murray berkata: "Agak terkilan untuk mengumumkan bahawa saya tidak akan ke Australia bagi bersaing dalam Terbuka Australia.
"Kami telah berdialog dengan Tennis Australia dan mencuba untuk mendapatkan penyelesaian tetapi tidak berjaya.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua yang berada di sana atas usaha mereka. Saya kecewa kerana tidak dapat bermain di Australia. Ia negara dan kejohanan yang amat saya gemari," katanya.
Astro Arena
Sat Jan 23 2021

Semalam, Murray mengesahkan dia tidak dapat menemui penyelesaian dengan pihak berkuasa Australia. - Gambar fail

Perak pertama bina tempat rehat, rawat untuk penghantar makanan
Sebagai permulaan, tujuh tempat 3R akan dibina di Bandaraya Ipoh yang melibatkan peruntukan hampir RM500,000.

PKPB, PKPP: MOTAC keluar senarai premis pelancongan dibenar beroperasi
Premis terlibat termasuk muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya serta persembahan budaya dan lain-lain.

Dua remaja dimasukkan ke hospital Labuan selepas disengat obor-obor
Kedua-dua mangsa sedang berkelah bersama keluarga mereka di pantai sebelum insiden itu berlaku pada 11 pagi.

Retrospektif #MH370
Retrospektif MH370: Galeri photo mengenang kembali peristiwa-peristiwa yang berlaku berikutan nahas MH370 pada 8 Mac 2014

Kawasan tangki minyak di Syria musnah diserang peluru berpandu
Menurut laporan, serangan yang dibuat itu adalah dengan menggunakan peluru berpandu balistik

Politik | Tiada krisis dalaman dalam UMNO
Tiada sebarang krisis dalam UMNO, kata Datuk Seri Mahadzir Khalid. Naib Presiden UMNO itu berkata, berhubung isu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, ia bukannya satu krisis apabila apa yang berlaku ialah hanya pemimpin memberi pandangan masing-masing.

Wanita Tulang Belakang Keluarga, Komuniti dan Negara
Wanita mempunyai peranan yang cukup besar di peringkat keluarga sehingga ke antarabangsa. Sehubungan itu, Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyeru semua pihak agar bangkit menyokong peluang kesaksamaan wanita.

Politik | MIC sokong gubal undang-undang anti lompat parti
MIC menyokong penuh pendapat beberapa pemimpin parti yang mencadangkan supaya kerajaan menggubal segera undang-undang anti lompat parti di negara ini. Presidennya, Tan Sri S.A. Vigneswaran sifatkan perbuatan lompat parti itu sebagai budaya tidak sihat dan pengkhianatan kepada parti serta pengundi.

Operasi pemadaman kebakaran selesai selepas 5 hari
Selepas lima hari berdepan cabaran suhu panas dan cuaca terik melampau, operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kemunting, Jitra, berakhir pada Ahad. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon, operasi yang bermula sejak 3.30 petang Rabu lalu, berjaya dilakukan oleh anggotanya dari zon satu dengan melakukan teknik pemadaman yang dibahagikan kepada empat sektor.

Vaksinasi COVID-19 | Pengurusan, ahli gereja sambut baik vaksin
Pihak pengurusan dan ahli Gereja Anglikan Saint Patrick Tawau menyambut baik dan bersedia menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilaksanakan kerajaan. Rektor Gereja, Bishop John Yeo berkata semua ahli gereja perlu menerima suntikan vaksin tersebut kerana itu adalah langkah terbaik untuk melindungi diri daripada virus itu.

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

Terbuka Australia: Murray diberikan tiket wildcard
Naib juara lima kali itu bertanding dalam kejohanan pada tahun 2019 ketika turun dalam sebagai perlawanan terakhirnya sebagia pemain profesional.

Terbuka AS: Murray bangkit daripada ketinggalan sebelum atasi Nishioka
Selepas bertarung selama empat jam dan 39 minit, pemain kelahiran Scotland itu menyempurnakan kebangkitan untuk mengatasi Nishioka sekali gus menempatkan diri ke pusingan kedua.

COVID-19: Murray jangka tenis antara sukan terakhir kembali
Acara sukan di seluruh dunia ditangguhkan susulan Covid-19 yang telah meragut lebih 183,700 nyawa.

Muat naik video lucu, Kyrgios cuba gembirakan Andy Murray
Nicholas Hilmy Kyrgios memuat naik video beliau bersama Murray menaiki permainan roller coaster dengan tujuan mengimbau kenangan dan membuatkan Murray ketawa.

'Saya tak tahu bila kesakitan ini akan berakhir' - Andy Murray umum bersara
Dalam pengumuman penuh emosi di Melbourne, Murray, 31, berkata Wimbledon yang bakal berlangsung Julai ini akan jadi perlawanan terakhir beliau.

Murray sasar kembali kompetitif awal tahun
Disebabkan masalah pinggul yang berulang, Murray, yang memulakan musim 2016 sebagai pemain nombor satu dunia, terpaksa berehat panjang sejak gagal mempertahankan gelaran Terbuka Wimbledon.

Murray mampu juarai Wimbledon - Berdych
Murray akan berdepan Raonic dalam final dalam misinya meraih kejuaraan ketiga Grand Slam.

Djokovic kini bersendirian dalam kalangan jaguh tenis moden
Bintang tenis Serbia itu kini telah menyempurnakan satu pencapaian gemilang yang bukan Federer, Nadal mahupun mana-mana pencabar mampu menyamainya.

Terbuka Perancis: Kemenangan Djokovic catat sejarah istimewa
Bintang tenis asal Serbia itu, khususnya dalam dua musim lalu, tidak pernah menyembunyikan kepada umum betapa dia ingin memenangi kejohanan perdana di gelanggang tanah liat.