awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'

Astro Arena
Astro Arena
26/12/2024
02:00 MYT
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah. - Foto REUTERS
MYKHAILO Mudryk akan memutuskan hubungannya dengan Chelsea ketika pemain sayap itu sedang menunggu kesimpulan siasatan Persatuan Bolasepak (FA) terhadap ujian dopingnya.
Pemain antarabangsa Ukraine itu digantung sementara oleh The Blues minggu lalu setelah mengembalikan sampel "A" yang positif ketika menjalani antidoping rutin pada Oktober lalu.
Laporan daripada ESPN mencadangkan bahan terlarang yang ditemui itu adalah jenis meldonium yang diberikan kepada Mudryk ketika dia berada di luar United Kingdom.
Mudryk dalam catatan Instagram peribadinya membalas ujian positif itu dengan menyatakan bahawa dia terkejut sambil menegaskan dia tidak pernah menggunakan sebarang bahan terlarang secara sedar.
View this post on Instagram
A post shared by МM (@mmudryk10)
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah dan pengurus Chelsea, Enzo Maresca, berkata anak buahnya itu memerlukan masa ketika siasatan sedang berlangsung.
"Pada masa ini juga bagus dia boleh memutuskan sedikit hubungan daripada situasi itu," katanya dalam sidang media pra-perlawanannya menjelang pertemuan 'Boxing Day' di antara Chelsea dengan Fulham.
"Kali terakhir saya bercakap dengannya, kami cuba menyokongnya tetapi buat masa ini kami sedang menunggunya." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mykhailo Mudryk
#Chelsea
#siasatan
#ujian doping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan