RAFAEL Nadal menyifatkan penampilannya berdepan Fabio Fognini sebagai salah satu yang terburuk di gelanggang tanah liatnya dalam tempoh 14 tahun selepas dikejutkan dalam aksi separuh akhir Kejohanan Monte Carlo Masters, malam tadi.
Pemain Sepanyol itu mengalami kekalahan sulungnya dalam kejohanan itu sejak 2015 apabila disingkirkan Fognini dalam aksi straight set untuk menempah pertemuan dengan Dusan Lajovic bagi aksi penentuan gelaran, hari ini.
Nadal mengetuai pertarungan itu 3-1 pada awal set pertama sebelum kehilangan 11 daripada 14 game berikutnya.
Pemain kelahiran Itali, Fognini, kemudiaannya melakukan beberapa gerakan menarik untuk mengejutkan juara 11 kali itu dalam aksi selama satu jam dan 36 minit.
Kekalahan itu mengakhiri rekod 18 kemenangan berturut-turut pilihan kedua kejohanan itu di Monte Carlo -- Nadal tidak pernah melepaskan satu set pun di sana sejak pertembungannya dengan Kyle Edmund dalam pusingan kedua, dua tahun lalu.
Selepas kekalahannya yang jarang berlaku di gelanggang tanah liat, Nadal secara jujurnya memuji Fognini sambil mengakui "segala-galanya" serba tidak menjadi buatnya.
"Jelas sekali, saya menampilkan aksi yang sangat buruk ketika menghadapi pemain yang bagus jadi dalam situasi itu, anda harus kalah," katanya kepada media.
"Itulah yang saya lakukan hari ini. Ia hari yang sukar dan dia adalah lawan yang sukar.
"Semuanya tidak berjalan lancar buat saya hari ini. Saya mungkin telah memperagakan salah satu permainan terburuk di gelanggang tanah liat dalam tempoh 14 tahun. Hari ini saya memang patut kalah kerana saya menentang seorang pemain yang lebih baik daripada saya."
Nadal kembali terbabit dalam Jelajah ATP di Monte Carlo selepas menarik diri dalam aksi separuh akhir Indian Wells ketika menentang Roger Federer, pertengahan bulan lalu, akibat isu lutut.
Sungguhpun kecewa ditewaskan Fognini, pemain kidal itu mengakui masalah kecederaan menjejaskannya, baik daripada segi mental dan fizikal.
"Saya baru pulih daripada kecederaan dan daripada segi mental, ia bukan mudah untuk menelan semua perkara yang sedang berlaku," katanya.
"Masalahnya ialah, kadang-kadang kami sudah terbiasa untuk berada dalam keadaan yang sangat mantap sepanjang masa termasuk ketika baru kembali daripada kecederaan dengan kemenangan, kemenangan dan kemenangan. Ia tidak semudah itu.
"Bahkan, ia bertambah sukar untuk mengekalkan tahap yang sama pada setiap hari apabila anda tidak mempunyai keyakinan dalam kejohanan atau perlawanan secara berturut-turut dan itulah yang saya perlukan."
Astro Arena
Sun Apr 21 2019
Nadal mengetuai pertarungan itu 3-1 pada awal set pertama sebelum kehilangan 11 daripada 14 game berikutnya. - Foto Agensi via Astro Arena
Anggota polis didakwa terima rasuah beri tembakau kepada tahanan lokap
Seorang anggota polis berpangkat koperal berhadapan dua pertuduhan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada tahanan lokap.
SPRM sahkan tiada penyelewengan, rasuah dikesan dalam projek NTC setakat ini
SPRM mengesahkan tidak menemui sebarang penyelewengan serta rasuah setakat ini berhubung cadangan projek pembinaan National Training Center (NTC) di Putrajaya yang dianggar bernilai RM25 juta.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.
Selamatkan Gaza: Gaza semakin hari semakin memburuk
Peperangan di Gaza semakin hari semakin memburuk. Setakat ini dilaporkan lebih 37 ribu warga Gaza telah terkorban kerana serangan demi serangan daripada rejim Zionis.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Ia membawa kepada berlakunya krisis kemanusiaan di Gaza ketika ini.
Di Mesyuarat Khas wef yang berlangsung di Arab Saudi..krisis ini menjadi antara tumpuan.
Kita terus bersama dengan Najib Aroff dan Ashwad Ismail yang mengikuti mesyuarat ini di Arab Saudi.
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motosikal dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Nadal: Ini aksi terburuk saya dalam tempoh 14 tahun
Rafael Nadal menyifatkan penampilannya berdepan Fabio Fognini sebagai salah satu yang terburuk di gelanggang tanah liatnya dalam tempoh 14 tahun.
Ferrer kalahkan Fognini dalam tenis antarabangsa Acapulco
Dalam permainan tenis antarabangsa Acapulco di Mexico, juara bertahan David Ferrer melangkah ke pentas akhir setelah menundukkan Fabio Fognini dalam aksi tiga set.