awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nafiizwan, Delia pertahan gelaran kebangsaan

Bernama
Bernama
20/11/2016
12:01 MYT
Nafiizwan, Delia pertahan gelaran kebangsaan
Nafiizwan berpuas hati dengan kemenangan ini, dan mahu lebih fokus untuk memperbaiki lagi ranking. - Gambar fail
Pilihan utama kejohanan, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan Ivan Yuen pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, hari ini.
Bagaimanapun, beliau terpaksa berdepan tentangan sengit daripada Ivan sehingga perlawanan berlarutan selama 77 minit, sebelum kejuaraan menjadi miliknya dengan kemenangan 11-8, 8-11, 12-10, 11-8.
"Kedua-dua kami bermain dengan baik pada perlawanan tadi, beliau (Ivan) berjaya memberi tekanan kepada saya.
"Namun, saya berjaya mengawal permainan dan mengekalkan rentak untuk terus menyerang. Saya amat berpuas hati dengan kemenangan ini, dan selepas ini saya lebih fokus untuk memperbaiki lagi ranking," kata pemain berusia 30 tahun itu.
Terdahulu, skrip sama turut berulang bagi kategori wanita selepas Delia Arnold juga mempertahankan gelarannya pada tahun lalu dengan menewaskan Low Wee Wern pada aksi final.
Delia tidak berdepan masalah menundukkan Wee Wern, yang baru pulih daripada kecederaan, dengan kemenangan 11-9, 11-2, 11-9 dalam masa 54 minit.
"Saya sangat gembira kerana dapat mempertahankan gelaran pada kejohanan ini dan ia permulaan baik sebelum Kejohanan Berpasukan Dunia minggu depan.
"Perlawanan hari ini sangat sengit dan memang saya sudah menjangkakannya. Kali terakhir saya bertemu Wee Wern di kejohanan kebangsaan tahun lalu di mana beliau masih belum pulih sepenuhnya," kata pemain ranking ke-15 dunia itu.
Delia dan Wee Wern bakal menyertai Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia bersama-sama dengan ratu skuasy negara Datuk Nicol David, serta pemain meningkat naik, S. Sivasangari di Perancis, minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ivan Yuen
#kejohanan skuasy kebangsaan
#Mohd Nafiizwan Mohd Adnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan