KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain akui gusar menantikan pertemuan dengan pasukan Sri Pahang FC pada perlawanan pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam esok.
Nafuzi berkata kerisauan itu timbul setelah menyaksikan peningkatan corak permainan Sri Pahang dalam dua perlawanan terakhir saingan Liga Super termasuk ketika menewaskan pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 di bumi Darul Makmur, baru-baru ini.
Malah menurut beliau, kehadiran dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero ke dalam skuad kendalian Datuk Dollah Salleh itu juga pastinya menambah kegusaran serta kesukaran buat skuad Penyu yang turut mengintai peluang beraksi di pentas akhir Piala Malaysia musim ini.
"Dengan peningkatan corak permainan pada perlawanan terakhir mereka di Liga Super, kita menjangkakan tentangan sengit daripada skuad Tok Gajah yang dibimbing jurulatih berpengalaman luas dan disegani.
"Kehadiran Lee Tuck dan Aguero di bahagian serangan serta posisi tengah pastinya memberi impak positif kepada Sri Pahang. Jadi pemain perlu lebih berhati-hati dan berwaspada," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak, petang semalam.
Bagaimanapun di sebalik cabaran tersebut, Nafuzi tetap optimis mampu menjinakkan skuad Tok Gajah di laman sendiri sekiranya anak buahnya bekerja keras dan mempamerkan prestasi terbaik seperti aksi di Liga Super yang menyaksikan TFC memenangi lapan perlawanan terakhir berturut-turut.
Katanya TFC kini berada di landasan yang betul dan pemain hanya perlu fokus serta kekal berdisiplin untuk memastikan momentum kemenangan diteruskan pada saingan Piala Malaysia.
"Saya harap pemain dapat betul-betul fokus kerana ia satu perlawanan yang sukar. Tak perlu fikir sasaran ke suku akhir atau sebagainya...Biar menang dengan Pahang dahulu.
"Kita perlu cari seberapa banyak gol di sana (Pahang) untuk bekalan perlawanan timbal balik di Terengganu," katanya.
Dalam pada itu Nafuzi juga mampu menarik nafas lega kerana semua pemain termasuk dua tonggak import, Pape Diakite dan Petrus Shetembi yang cedera ketika perlawanan menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC tempoh hari telah pulih dan boleh diturunkan untuk membantu pasukan malam esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2022
NAFUZI: Kita perlu cari seberapa banyak gol di Pahang untuk bekalan perlawanan timbal balik di Terengganu. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.