awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait

Bernama
Bernama
09/10/2023
21:15 MYT
Natasha rangkul emas kejohanan boling dunia di Kuwait
Natasha (dua, kiri) dan Jane (kiri) ketika majlis penyampaian pingat pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi. - Facebook Bowling Malaysia
KUALA LUMPUR: Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.
Lebih manis, pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.
Natasha bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin berbanding 194 oleh Jane.
Jane walaupun bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162, tidak dapat menandingi kehebatan Natasha apabila tewas 165-185 pada perlawanan penentuan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.
Sementara itu, wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin masing-masing berkongsi gangsa, menurut laman sesawang www.abf-online.org
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boling
#Kejohanan Dunia di Salmiya Kuwait
#Natasha Mohamed Roslan
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan