Juara remaja dunia, Ng Eain Yow mara ke final pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, Mesir, lewat Selasa (awal pagi Rabu waktu Malaysia).
Ng yang membuat penampilan pertama peringkat senior dunia, membuat kejutan dengan menewaskan pilihan utama kelayakan, Charles Sharpes dari England, apabila menang 5-11, 11-4, 5-11, 12-10 dan 11-5 dalam perlawanan yang berlangsung kira-kira 53 minit.
Dalam kemenangan yang mengejutkan itu, Ng berkata ia bukanlah perlawanan yang mudah memandangkan lawannya bermain secara pantas dalam set pertama.
"Jadi saya beritahu diri saya untuk terus mencuba dan memperlahankan rentak permainan, dan membawa bola ke belakang untuk membolehkan saya bermain dengan cara saya sendiri, dan bukannya mengikut permainannya," memetik kata beliau sebagai berkata dalam laman web kejohanan;www.wadideglaworldsquashchamps.com.
"Bagi penampilan sulung saya dalam kejohanan senior dunia, saya tidak meletakkan apa-apa harapan, dan tiada tekanan bagi saya untuk berhadapan dengan pemain pilihan utama kelayakan dan kemenangan ini merupakan satu kelebihan," tambah Ng.
Tiga lagi pemain Malaysia -- Ivan Yuen, Mohd Addeen Idrakie Bakhtiar dan Mohd Syafiq Kamal -- bagaimanapun tersingkir daripada kejohanan itu selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Yuen tewas 8-11, 8-11 dan 8-11 kepada Iker Pajares Bernabeu dari Sepanyol manakala Mohd Addeen dikalahkan oleh pemain Hong Kong, Chi Him Wong; dengan catatan 11-7, 8-11, 4-11 dan 4-11 dan Mohd Syafiq going pula tunduk kepada pemain Mesir, Youssef Soliman dengan 3-11, 6-11 dan 11-13.
Pemain utama lelaki Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan yang menerima bye dalam pusingan kelayakan itu akan berdepan Alan Clyne dari Scotland, dalam perlawanan pembukaan pada Khamis. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
Aksi Ng Eain Yom sewaktu menentang lawannya pemain dari India, Abhay Singh, kategori lelaki bawah 19 tahun pada 23rd Asian Junior Individual Championship 2016 di Pusat Skuasy Negara pada 22 Sept, 2016. - fotoBERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Lelaki Dunia 2016 berakhir
Satu-satunya wakil Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan tewas pada pusingan ketiga kejohanan yang berlangsung di Kelab Wadi Degla, di Kaherah.