Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David mempunyai peluang bagi melebarkan rekod takhta Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB miliknya kepada kelapan pada edisi 2013 di sini, bulan depan.
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) hari ini berkata, selain Nicol, kesemua 16 pemain wanita terkemuka dunia telah mengesah penyertaan pada kejohanan bernilai RM310,000 dari 26 hingga 31 Mac ini.
Antara pemain utama ialah bintang muda Mesir, Raneem El Weleily yang memusnahkan impian Nicol merangkul kejuaraan kelapan pada Terbuka Malaysia tahun lepas dengan keputusan 12-10, 11-3, 11-6, 11-2 dalam masa 36 minit.
Bagaimanapun, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, mempunyai peluang menebus kekecewaan di tangan Raneem selain mempertahankan kejuaraan setelah menumpaskan pemain nombor satu Hong Kong, Annie Au 11-4, 12-10, 11-9, pada final tahun lepas.
SRAM dalam kenyataan berkata Malaysia turut mengharapkan kejutan daripada seorang lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern, pemain nombor enam dunia, yang menampilkan prestasi membanggakan sepanjang tahun lepas.
Wee Wern akan membuka saingan dengan menentang pemain Denmark, Line Hansen.
Pemain nombor tiga negara Delia Arnold turut disenaraikan dalam undian utama atas tiket 'wildcard' dan akan berdepan dengan Raneem pada pusingan pertama.
Dalam kategori lelaki pula, pemain veteran Ong Beng Hee akan mengetuai cabaran Malaysia dalam undian utama dengan menentang rakan senegara Muhd Asyrad Azan yang masuk atas tiket 'wildcard'.
Pemain semakin meningkat Mohd Nafiizwan Adnan akan beraksi pada pusingan kelayakan.
Empat pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia akan mewarnai acara lelaki dengan diketuai juara bertahan Omar Mosaad, pemain ranking kesembilan dunia dari Mesir.
Selain itu turut menyertai kejohanan tersebut ialah pilihan utama Mohamed El Shorbagy dari Mesir (ranking kelima dunia), Karim Darwish (Mesir-keenam dunia) dan pemain Sepanyol, Borja Golan, pemain ranking ke-10 dunia dan pilihan keempat kejohanan.
Pusingan kelayakan serta pusingan awal akan berlangsung di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, manakala peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diadakan di Berjaya Times Square di sini.
Bernama
Wed Mar 13 2013
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Stigma terhadap program TVET perlu dihentikan
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti lahad Datu , Asriani Karim menegaskan TVET bukan program untuk mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik sebalik ya ia terbuka kepada semua yang berminat bagi menambah kemahiran.
DBKU rancang kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kyoto
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk berkolaborasi dengan Dewan Bandaraya Kyoto, Jepun untuk memantapkan pengurusan bandar rayanya, agar bersih serta cekap pada masa sama tidak meminggirkan infrastruktur warisan.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
DUN Sarawak perlu ada jawatan rasmi ketua pembangkang - Chieng Jen
ADUN Padungan Chong Chieng Jen menegaskan perua ada jawatan rasmi ketua pembangkang di DUN Sarawak yang disediakan kemudahan tertentu seperti yang dinikmati di Selangor dan Pulau Pinang.
514,070 murid di sabah nikmati prasarana lebih baik
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan Malaysia merudum, apa perlu dilakukan?
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Nicol buru kejuaraan kelapan pada Terbuka Malaysia
Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David dan bintang muda Mesir, Raneem El Weleily bakal beraksi pada Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur CIMB mulai 26 Mac.