KUALA LUMPUR :Peluang ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk merangkul Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dilihat semakin cerah selepas mendahului undian berkenaan.
Setakat pukul 6 petang ini, pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun itu sudah mengumpul 166,142 undian yang meletakkan dirinya di kedudukan teratas dengan selesa.
Jumlah tersebut jauh meninggalkan pencabar utamanya iaitu atlet sumo Rusia, Batyr Altyev yang mengumpul 77,609 undian.
Sementara atlet racquetball Mexico, Paola Longoria pula mengekori di tempat ketiga dengan 35,012 undian.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah antara 24 calon yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu. Percalonan mereka dilakukan oleh persekutuan sukan antarabangsa masing-masing.
Pada 20 Januari ini, 10 calon dengan undi terbanyak akan disenaraipendek manakala pemenang gelaran itu akan diumumkan pada 1 Februari ini.
Anugerah itu dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.
Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.
Nicol yang berumur 38 tahun pada Ogos ini, bermain skuasy seawal lima tahun dan memulakan karier sebagai pemain pada 1992 apabila merangkul pingat perak dalam Kejohanan Remaja Pulau Pinang.
Beliau merangkul gelaran dunia pertama tujuh tahun kemudian pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 1999 di Antwerp, Belgium ketika berusia 15 tahun.
Kejayaannya itu meletakkan dirinya sebagai juara remaja dunia wanita termuda dalam sejarah dan kemudiannya menjulang gelaran dunia pada 2005 sekali gus meletakkannya di ranking pertama dunia buat kali pertama pada Januari 2006 ketika berusia 23 tahun dan rakyat Malaysia dan Asia pertama berada di kedudukan nombor satu dunia.
Selama 112 bulan berada di kedudukan pertama dunia, Nicol dikenali dengan panggilan Duracell Bunny disebabkan kelincahan pemain berfizikal kecil itu.
Jadi tunggu apa lagi? Tunjukkan sokongan anda buat Nicol di pautan ini https://www.theworldgames.org/awards/The-World-Games-Greatest-Athlete-of-All-Time-81.
Ayuh mengundi Nicol David!
Umavathi Ramayah
Thu Jan 14 2021

Anak kelahiran Pulau Pinang itu adalah antara 24 calon yang mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu. Percalonan mereka dilakukan oleh persekutuan antarabangsa masing-masing. - Gambar fail

Puluhan pejalan kaki angkat bas, bantu remaja tersepit
Puluhan pejalan kaki mengangkat sebuah bas bagi menyelamatkan seorang remaja yang tersepit selepas dilanggar.
![[TERKINI] Perdengaran rayuan DS Najib Tun Razak [21 April 2021] [TERKINI] Perdengaran rayuan DS Najib Tun Razak [21 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900830/14824806421618968260231_640x360.jpg)
[TERKINI] Perdengaran rayuan DS Najib Tun Razak [21 April 2021]

AWANI Ringkas: R-Naught COVID-19: Kelantan masih tertinggi | Thai terima rakyat terkandas di Malaysia
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900826/14824806351618966067962_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [21 April 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hafizi Rosli dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi 21 April 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: - Darurat: Orang Melayu mula marah - Tun Mahathir - 2 bazar Ramadan di Kepala Batas diberi notis amaran gagal patuh SOP #IlhamRamadan #LembaranBaharu #Ramadan2021

Spesies dinosaur pemakan daun baharu ditemui di Chile
Dinosaur itu tergolong dalam keluarga Titanosaur tetapi unik kerana ciri-ciri pada tulang di bahagian belakangnya.

Liga Super Eropah: Ia seperti kartel yang menghalang persaingan, kata Boris Johnson
Beliau akan bekerjasama dengan persatuan bola sepak kebangsaan England (FA) untuk "menentang inisiatif tersebut."

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL
Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Sinar Harapan | Bekas pengikut Al Maunah jalani hidup baharu
Banduan Maunah sinar Dua puluh tahun menghuni penjara. Ianya bukan mudah untuk bekas banduan menyesuaikan diri selepas dibebaskan. Namun bagi Che Sabri Che Jaafar, 51 tahun, kebebasan diperoleh selepas mendapat pengampunan Yang d-iPertuan Agong, Al Sultan Abdullah tahun lepas digunakan untuk membina hidup baru sebagai tukang jahit.

Kemalangan Maut | Pengusaha Adam Char Kuetiau maut kemalangan
Pengusaha Adam Char Kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut kemalangan Seorang pengusaha char kuetiau terkenal di Permatang Pauh maut dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan lewat Selasa petang. Dalam kejadian jam 7.15 petang itu, Zamri Juhari, 33 tahun dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meeninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Nash dilaporkan stabil selepas kemalangan
Penyanyi, Datuk Nashrudin Elias atau Nash yang cedera selepas kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di pada Selasa kini dilaporkan stabil.

Berita tempatan pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa.

Banyak perkara baharu boleh dilakukan selepas bersara- Nicol
Nicol merupakan pemain yang paling banyak memenangi kejohanan dalam sukan skuasy dan menjadi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia.

"Saya amat bangga dengan Nicol" - Bapa
Desmond David sifatkan kejayaan anaknya Nicol merangkul gelaran berprestij Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia sesuatu yang di luar jangkaan.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kejayaan itu menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat.

PM ucap tahniah kepada Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Muhyiddin berharap kejayaan atlet itu dapat menyuntik motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjuang mengharumkan nama negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nicol dinobat Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia.

Nicol hampir raih gelaran atlet terunggul sepanjang zaman, undian ditutup Isnin
Meskipun merupakan wakil tunggal dari rantau Asia, juara dunia skuasy lapan kali itu memperoleh sebanyak 240,296 undi setakat pukul 2 petang tadi.

Nicol dahului undian Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman
Peluang ratu skuasy negara, Datuk Nicol David untuk merangkul Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dilihat semakin cerah selepas mendahului undian berkenaan.

Nicol dahului saingan anugerah atlet terunggul sepanjang zaman
Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David merupakan wakil tunggal dari rantau Asia dalam buruan Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia (The World Games).