awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol David mara ke suku akhir Terbuka British

Bernama
Bernama
24/03/2016
03:14 MYT
Nicol David mara ke suku akhir Terbuka British
Dalam peringkat suku akhir, Nicol akan menentang pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy. - Gambar fail
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David yang memburu gelaran keenamnya di Terbuka British membuktikan seleranya belum hilang apabila mudah mara ke suku akhir di Hull, semalam (awal pagi tadi waktu Malaysia).
Nicol yang juga pemain nombor dua dunia, mengetepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7, 11-6 di pusingan kedua di Arena Airco.
Menurut laman web rasmi kejohanan www.allambritishopensquash2016.com, Nicol mempamerkan pukulan hebat terutama di set pertama sehingga pemain Australia itu sukar membalasnya.
Set kedua, bagaimanapun lebih sengit apabila Urquhart bangkit memberikan tekanan tetapi Nicol berjaya menanganinya untuk menang 11-7 sebelum memastikan kemenangan dalam masa 27 minit dengan menamatkan set ketiga 11-6.
"Semua pemain mempamerkan kebangkitan pada setiap pusingan dan ini sesuatu yang menarik kerana pemain harus beraksi lebih baik untuk menang. Saya gembira dengan persembahan saya tadi.
"Saya mula serasi dengan gelanggang dan sedar perlu bermain dengan baik sewaktu perlawanan. Saya gembira dengan kemenangan 3-0.
"Saya tampil di kejohanan ini sebagai underdog dan saya akan memberikan yang terbaik dan lihat sejauh masa saya mampu mara," kata Nicol seperti dipetik oleh laman web itu.
Dalam peringkat suku akhir, Nicol akan menentang pemain Mesir, Omneya Abdel Kawy yang menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-5, 11-5, 11-9.
Topic Berkaitan
#Donna Urquhart
#Nicol David
#Skuasy
#terbuka british
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan