awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia

Bernama
Bernama
29/05/2017
07:37 MYT
Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia
Datuk Nicol David (kiri) ketika menentang Rachel Arnold pada peringkat akhir Kejohanan Skuasy Kebangsaan Ohana ke-33 di Pusat Skuasy Majlis Sukan Negara Jalan Duta, pada 26 Mei, 2017. --fotoBERNAMA
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad negara pada edisi kelima Kejohanan Beregu Dunia yang akan berlangsung di Manchester, England, dari 1 hingga 5 Ogos ini.
Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), dalam kenyataan hari ini, berkata sejumlah 12 negara akan bertanding dalam kejohanan tersebut yang akan menampilkan 17 wakil dalam acara beregu lelaki, 13 dalam acara wanita dan 21 wakil dalam beregu campuran.
Selain Malaysia, kejohanan itu akan turut disertai Australia, Kanada, Colombia, England, India, Malaysia, Belanda, New Zealand, Norway, Scotland, Afrika Selatan dan Wales.
Menurut WSF, butiran mengenai gandingan pemain akan disahkan pada Julai selepas pencalonan dimuktamadkan namun 13 pemain lelaki utama dalam senarai ranking dunia dan 20 pemain wanita utama dijangka menyertai kejohanan kali ini.
Malaysia menyenaraikan Nicol bersama Rachel Arnold dalam acara beregu wanita sementara pasangan lain terdiri daripada Mohd Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen dan Muhammad Syafiq Kamal-Ng dalam beregu lelaki.
Dalam acara beregu campuran, Malaysia menyandarkan harapan kepada Rachel dan Ivan.
WSF berkata cabaran pasukan tuan rumah England dijangka diketuai Laura Massaro, James Willstrop, Alison Waters, Daryl Selby dan Sarah-Jane Perry manakala cabaran skuad Wales diketuai Tesni Evans sementara Scotland oleh Alan Clyne.
Skuad New Zealand dipimpin oleh Joelle King dan Paul Coll; Australia oleh Cameron Pilley dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014, David Palme manakala India oleh pemenang beregu emas Sukan Komanwel 2014, Dipika Pallikal dan Joshna Chinappa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kejohanan Beregu Dunia
#MAnchester
#Nicol David
#Persekutuan Skuasy Dunia
#Skuasy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan