awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol lepasi halangan pertama di terbuka Windy City

Bernama
Bernama
27/02/2015
10:38 MYT
Nicol lepasi halangan pertama di terbuka Windy City
Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis. -Gambar fail
Datuk Nicol David mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City di Chicago, Amerika Syarikat pada Khamis.
Pemain nombor satu dunia itu, yang membuat penampilan sulung pada kejohanan tersebut, hanya mengambil masa 30 minit menewaskan pemain wildcard tuan rumah, Olivia Blatchford 11-3, 11-6 dan 12-10.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 31 tahun itu akan berdepan pemain dari Mesir, Heba El Torky pada pusingan kedua.
Heba menumpaskan pemain India, Dipika Pallikal 11-9, 11-9, 5-11 dan 11-6 pada perlawanan yang berlangsung selama 43 minit.
Sementara itu, dua lagi pemain wanita negara, Low Wee Wern dan Delia Arnold akan beraksi pada perlawanan masing-masing lewat Jumaat.
Pemain nombor lapan dunia, Wee Wern, akan bertemu Habiba Mohamed dari Mesir pada 2 petang (4 pagi, Sabtu waktu Malaysia), manakala Delia akan menentang juara bertahan, Laura Massaro dari England pada 5 petang waktu tempatan (7 pagi, Sabtu waktu Malaysia).
Topic Berkaitan
#Heba El Torky
#Nicol David
#Olivia Blatchford
#Skuasy
#Windy City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan