awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nicol lepasi halangan pertama Terbuka Hong Kong

Bernama
Bernama
28/11/2012
00:39 MYT
Nicol lepasi halangan pertama Terbuka Hong Kong
Pemain No 1 dunia Datuk Nicol Ann David mendapat laluan mudah di pusingan pembukaan kejohanan skuasy Terbuka Hong Kong 2012 di Pusat Skuasy Hong Kong Selasa malam.
Nicol mengambil masa 23 minit untuk mengalahkan pemain bukan pilihan dari England, Sarah Kippax 11-2, 11-5 dan 11-5.
Beliau akan bertemu pemain tuan rumah Joey Chan di pusingan kedua pada Khamis.
Joey mengalahkan Amanda Landers-Murphy dari New Zealand 8-11, 11-4, 11-7 dan 11-9 dalam masa 40 minit.
Terdahulu pemain negara Delia Arnold kalah kepada pilihan ketiga Jenny Duncalf dari England 11-9, 11-9 dan 11-9.
Seorang lagi pemain wanita negara Low Wee Wern akan bermain esok dalam kelompok kedua di pusingan pertama. Beliau akan menentang Melody Francis dari Australia.
Dalam kategori lelaki, wakil tunggal Malaysia, Ong Beng Hee akan menentang pemain Colombia, Miguel Angel Rodriguez.
Topic Berkaitan
#Nicol David
#ong beng hee
#Skuasy
#terbuka hong kong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan