Pemain nombor dua dunia Datuk Nicol David mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Windy City 2016 di Chicago, Amerika Syarikat, pada Sabtu.
Menurut laman sesawang rasmi kejohanan www.windycityopen.ussquash.com, Nicol mengambil masa cuma 31 minit untuk menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 11-6, 11-9 dan 11-5.
"Sarah-Jane ialah seorang pemain yang sangat teknikal, beliau memukul bola dengan baik dan hari ini, beliau mengasak saya dari semua penjuru dan meletakkan saya di bawah tekanan dengan asakannya.
"Jadi saya memastikan saya tidak memberinya ruang untuk menguasai bola dan memastikan beliau bergerak. Yang penting ialah tidak memberi laluan mudah kepadanya," kata pemain berusia 32 tahun itu dipetik dalam laman web itu.
Pada pusingan berikut, Nicol akan bertemu pemain Mesir Nour El Sherbini, yang menewaskan pemain negara, Delia Arnold.
Nour menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Delia 11-5, 11-9 dan 11-8 dalam masa 30 minit.
"Saya berasa cukup yakin hari ini dan selesa. Pukulan saya sangat tajam, kerana saya tidak menghadapi apa-apa tekanan, tetapi saya rasa saya perlu lebih bersabar kerana saya membuat pukulan terlalu awal, dan melakukan beberapa kesilapan," kata Delia.
Nour berkata beliau menghadapi cabaran paling sengit dari Delia sebelum mencapai kemenangan.
"Delia ialah seorang pemain yang sangat kuat, setiap mata adalah sangat sukar untuk diperoleh. Selepas permainan pertama, saya tidak berasa begitu selesa, jadi saya mahu memberi tumpuan kepada setiap mata untuk memastikan saya tidak mengambil masa yang terlalu lama di gelanggang.
"Tetapi beliau terlalu handal, dan saya terpaksa bermain mengikut rentak saya, banyak menyerang. Saya terpaksa memastikan bahawa saya meneka apakah pukulan yang bakal dilakukannya dan bergerak ke hadapan dengan pantas," kata Nour.
Bernama
Sun Feb 28 2016
NICOL: Saya berasa cukup yakin hari ini dan selesa.
Juruteknik maut dalam nahas babitkan tiga kenderaan
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 44 Jalan Alor Setar-Butterworth di pada Sabtu.
Johor sedia RM10 juta naik taraf enam taman negara
Kerja naik taraf itu membabitkan kemudahan dan infrastruktur di lokasi pelancongan berkenaan bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Patuhi adab, etika semasa ziarah di Bukit Uhud
Jemaah haji Malaysia yang menyertai ziarah luar di beberaap lokasi di Madinah sebagaimana diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dinasihat mengambil ikhtibar daripada aktiviti dijalankan selain mengelak daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan khurafat semasa menziarah
Huawei akan beralih sepenuhnya kepada sistem operasi sendiri tahun ini
Dinamakan HarmonyOS Next, ia dibangunkan sepenuhnya dari awal, dan bebas daripada penggunaan sistem Android.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Juruteknik maut kenderaan bertembung
Seorang juruteknik maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan.
Langsaikan hak kita sebagai pengundi
Warga emas yang terlantar di atas katil akibat lumpuh sanggup mengundi dan beliau nasihatkan semua pengundi supaya menunaikan hak.
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
Faisal Halim tidak terima pelawat, dipantau rapi selepas pembedahan ketiga - Exco
Pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim yang kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan ketiga tidak dibenarkan menerima pelawat.
Wanita maut, kereta dinaiki bersama suami dan empat anak terbabas
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendean Hoo Chang Hook berkata, kejadian jam 2.11 pagi itu menyebabkan pemandu kenderaan iaitu wanita berusia 41 tahun maut akibat cedera parah.
Nicol mara ke suku akhir Kejohanan Terbuka Windy City
Nicol mengambil masa cuma 31 minit untuk menundukkan pemain England Sarah-Jane Perry 11-6, 11-9 dan 11-5.