Ratu skuasy kebangsaan dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David melangkah setapak lagi ke arah menyandang gelaran juara bagi kali kelima Terbuka British apabila beliau mara ke separuh akhir kejohanan itu di Sports Arena, University of Hull, England.
Beliau mengambil masa hanya 39 minit untuk mengetepikan pemain pilihan ke-11 dari Mesir Omneya Abdel Kawy 11-7, 12-10 dan 11-4 dalam perlawanan suku akhir awal hari ini, menurut laman web kejohanan itu www.allambritishopensquash.com.
Nicol, yang menjuarai Terbuka British pada 2005, 2006, 2008 dan 2012, akan bertemu pemain dari negara tuan rumah, Alison Water lewat hari ini.
Alison, pemain pilihan kelima, membuat kejutan dalam satu lagi perlawanan suku akhir dengan mengalahkan pemain pilihan keempat Joelle King dari New Zealand 11-4, 8-11, 11-5, 11-1 dalam masa 46 minit.
Sementara itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern terkeluar daripada kejohanan apabila kalah kepada pemain nombor tiga dunia dari Mesir Raneem El Weleily 5-11, 6-11 dan 8-11.
Wee Wern menulis dalam laman tweeternya: "Bermain dengan lebih baik dalam game ketiga, tapi Raneem begitu tajam. Keseluruhannya, gembira kerana dapat ke suku akhir Terbuka British untuk julung kalinya dan berharap akan lebih berjaya selepas ini.
"Pulang esok. Selamat berjaya kepada Nicol David pada minggu ini!"
Bernama
Sat May 17 2014
Nicol David - Gambar Fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Eain Yow, Rachel muncul cemerlang di Terbuka Malaysia
Bekas johan junior dunia, Ng Eain Yow menampilkan prestasi cemerlang menentang pemain no 28 dunia, Nicholas Mueller dari Switzerland, untuk merangkul juara di Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia ke-39 d
Malaysia bermula langkah kanan di Kejohanan Skuasy Berpasukan Wanita Dunia
Pada aksi semalam, bekas pemain nombor lima dunia, Low Wee Wern memberikan mata pertama buat negara selepas menundukkan Milnay Louw 11-6, 11-6 dan 11-8.
Wee Wern rangkul kejuaraan sulung Terbuka Malaysia
Low Wee Wern mendapat hadiah awal paling berharga sempena hari jadinya yang ke-27 tahun apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.
Wee Wern tamat kemarau gelaran di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia
Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10 tahun untuk Malaysia di Kejohanan Skuasy Universiti Dunia.
Laluan mudah bagi Nicol untuk buru gelaran dunia kali kelapan
Datuk Nicol David dapat laluan mudah untuk buru gelaran dunia bagi kali kelapan pada Kejohanan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, bulan depan.
Pasukan skuasy wanita Malaysia raih emas ketiga negara
Pasukan skuasy wanita Malaysia menguasai acara skuasy pada kejohanan Sukan Asia ke-17, di sini selepas menewaskan India pada perlawanan akhir, hari ini.
Nicol David, Low Wee Wern berjaya ke suku akhir
Nicol David dan Low Wee Wern berjaya berjaya melangkah ke suku akhir acara beregu wanita pada Jumaat ini.
Nicol mara, Wee Wern terkandas dalam Terbuka British 2014
Nicol, yang menjuarai Terbuka British pada 2005, 2006, 2008 dan 2012, akan bertemu pemain dari negara tuan rumah, Alison Water lewat hari ini.
Cleveland Classic: Nicol mara, Wee Wern tersingkir
Nicol, dalam misi memburu gelaran kedua musim ini, hanya memerlukan masa 40 minit untuk menyingkirkan Nour El Sherbini dari Mesir.
Nicol juarai Kejohanan Kebangsaan 2013
Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menepati ramalan untuk muncul juara Kejohanan Kebangsaan 2013.