awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parlimen Iraq bersidang Selasa untuk pilih presiden baharu
Kulim Smart Care jadi platform pintar salur aduan
Naik taraf stadium hoki perkukuh prestasi atlet, pembangunan sukan Negeri Sembilan - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norris rangkul kemenangan di Mexico, ungguli kejuaraan F1

Bernama
Bernama
27/10/2025
02:40 MYT
Norris rangkul kemenangan di Mexico, ungguli kejuaraan F1
Norris meraikan kemenangan selepas memenangi perlumbaan F1 Grand Prix Mexico di Litar Hermanos Rodriguez, Mexico City, 26 Okt 2025. (Foto AP)
MEXICO CITY: Pelumba McLaren, Lando Norris melakar kejayaan gemilang di Grand Prix Mexico pada Ahad untuk muncul pendahulu baharu Kejuaraan Dunia Formula Satu (F1), lapor agensi berita Jerman dpa.
Bermula di petak utama, Norris mempamerkan aksi mantap sepanjang perlumbaan yang penuh drama bagi meraih kemenangan pertamanya sejak Grand Prix Hungary pada Ogos lalu.
Kemenangan itu juga membolehkannya memintas rakan sepasukan, Oscar Piastri, di tangga teratas kejuaraan.
Piastri yang memulakan saingan di petak ketujuh berdepan perlumbaan sukar sebelum menamatkan aksi di tempat kelima, selepas tergelincir ke kedudukan kesembilan pada pusingan pembukaan.
Pelumba Ferrari, Charles Leclerc menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala juara bertahan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga, sekali gus merekodkan enam podium berturut-turut dalam usahanya mempertahankan gelaran dunia.
Kejayaan itu meletakkan Norris satu mata di hadapan Piastri dalam kedudukan keseluruhan, sementara Verstappen kini ketinggalan 36 mata di belakang pendahulu baharu itu.
Piastri gagal menaiki podium dalam empat perlumbaan berturut-turut, membolehkan Norris dan Verstappen merapatkan jurang mata dalam perebutan kejuaraan.
Aksi seterusnya bakal berlangsung di Grand Prix Brazil hujung minggu depan, melengkapkan siri tiga perlumbaan berturut-turut musim ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Grand Prix Mexico
#Lando Norris
#F1
#McLaren
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan