awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
06/08/2024
12:55 MYT
Norza guna dana sendiri bawa keluarga ke Olimpik Paris 2024 - MOM
MOM berkata, semua perbelanjaan untuk keluarganya dibiayai secara peribadi oleh Norza. - Gambar FB Hannah Yeoh
KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumkan Presidennya, Tan Sri Norza Zakaria tidak menggunakan dana kerajaan untuk perjalanan keluarganya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
Menerusi satu kenyataan, MOM berkata, semua perbelanjaan untuk keluarganya dibiayai secara peribadi oleh Norza.
Menurut kenyataan itu lagi, MOM dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya memudah cara akses dan itu dilakukan bagi memastikan tiada sumber kerajaan digunakan untuk tujuan tersebut.
Tambahnya, kehadiran Norza di Sukan Olimpik, termasuk keluarganya, mematuhi sepenuhnya peraturan IOC dan MOM.
“Pada saat ini, adalah penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia memberi tumpuan kepada perkara paling penting, iaitu menghulurkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada atlet negara yang mewakili negara di pentas dunia.
“Marilah kita bersatu hati dan menyalurkan tenaga kita untuk meraikan pencapaian mereka dan menggalakkan usaha mereka,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, mengulas kuota khas yang menjadi kritikan ramai pihak, MOM memberitahu kuota itu diperuntukkan khas untuk pucuk pimpinan mana-mana badan/majlis atau jawatankuasa Olimpik negara masing-masing.
Ia termasuklah bagi mereka yang memegang jawatan seperti Presiden dan Setiausaha Agung, selain Ketua Negara, dan Menteri Sukan.
“Kuota ini hanya menyediakan akses ke kawasan VIP dan tidak meliputi akses ke padang permainan (FOP), bilik persalinan, atau tempat penginapan atlet di Perkampungan Sukan.
“Ia menjadikannya tidak praktikal untuk jurulatih atau kakitangan sokongan menggunakan kuota ini kerana ia tidak memberi akses yang diperlukan untuk menyokong atlet secara efektif.
“Disebabkan akses yang terhad, pasukan sokongan kepada mana-mana atlet harus diatur di luar akses IOC,” jelas kenyataan itu.
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#MOM
#Norza Zakaria
#keluarga
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan