IPOH: Seorang remaja yang mengalami ketidakupayaan pembelajaran, Nur Ameer Muqsiq, 19, akan mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Khas Dunia di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.
Nur Ameer dipilih mewakili negara oleh Olimpik Khas (SO) Perak selepas beliau memenangi emas untuk acara larian 100 meter (m) dan lompat jauh pada temasya Sukan Olimpik Khas Malaysia di Melaka pada Ogos lepas.
Pada temasya di Jerman nanti, Nur Ameer akan bertanding dalam acara larian 100m, 4x100m dan lompat jauh.
"Ini merupakan kali pertama saya akan mewakili negara. Saya rasa seronok dan gementar.
"Saya telah mula berlatih sejak tahun lepas. Saya berlatih dua kali seminggu di rumah dan di Stadium Perak bersama jurulatih," katanya kepada pemberita pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Akademi Hoki Raja Ashman Shah Persekutuan Hoki Asia (AHF) di sini hari ini.
Sementara itu, jurulatihnya, S. Manogaran berkata atlet yang turut menghidap disklesia itu sentiasa bersemangat untuk bersaing pada temasya sukan tersebut.
Katanya Nur Ameer juga adalah seorang yang sangat mendengar kata dan sentiasa memberi sepenuh perhatian ketika melakukan latihan.
"Saya pernah beberapa kali bawa dia untuk melihat perlawanan di stadium, dia begitu teruja dan berkata ingin berlatih bersungguh-sungguh untuk mewakili negara," katanya.
Sukan Olimpik Khas Dunia merupakan temasya sukan khusus bagi orang kurang upaya (OKU) yang mempertandingkan 26 acara termasuk badminton, olahraga, boling dan berbasikal.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Pada temasya di Jerman nanti, Nur Ameer akan bertanding dalam acara larian 100m, 4x100m dan lompat jauh. - Gambar Bernama
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Capal dan tanjak jadi pilihan di Aidilfitri
Pemakaian busana tradisional sudah mula diamalkan Marina Ahmad sekeluarga sejak sembilan tahun lalu.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri harus dimanfaat bina iltizam perkukuhkan perpaduan - TPM
Aidilfitri merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana umat Islam berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.