awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah Izzati bawa tonik berharga ke ACC 2025

Bernama
Bernama
14/01/2025
11:45 MYT
Nurul Izzah Izzati bawa tonik berharga ke ACC 2025
Bintang berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri muncul juara acara pecut elit wanita pada Siri Satu Piala Presiden. - Foto BERNAMA
NILAI: Bintang berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meraih tonik berharga untuk 'menggegar' Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 bulan hadapan apabila muncul juara acara pecut elit wanita pada Siri Satu Piala Presiden di sini hari ini.
Pelumba berusia 22 tahun itu mempamerkan kayuhan cemerlang untuk mengetepikan pelumba Korea Selatan Kim Haeun dalam perebutan emas di Velodrom Nasional Malaysia yang turut menjadi venue bagi ACC 2025.
Nurul Izzah bermula langkah kanan dengan memenangi pusingan pertama sebelum kesilapan taktikal menyaksikan beliau tewas di pusingan kedua.
Belajar daripada kesilapan, atlet dari Kedah itu bangkit dengan kayuhan bertenaga untuk meraih kemenangan di pusingan penentuan.
Pingat gangsa diperoleh pelumba pelapis negara Nur Alyssa Mohd Farid.
Sebelum ini, Nurul Izzah antara yang tersenarai dalam senarai menggalas cabaran negara di ACC2025 sementara peluang terbuka buat pelumba lain membuktikan kemampuan untuk dipilih ke kejohanan itu berdasarkan prestasi dalam Siri Piala Presiden yang sedang berlangsung.
Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, beliau berkata kehadiran lebih ramai pelumba antarabangsa pada siri kali ini memberikan cabaran sengit.
"Memang sangat sukar sebab bersaing dengan Korea Selatan kerana mereka memiliki ramai pelumba senior yang kuat.
"Pada perlumbaan kedua saya agak perlahan kerana ada melakukan kesilapan taktikal namun saya tidak mengulangi perkara yang sama dan berjaya buat terbaik untuk perlumbaan penentuan," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.
Dalam pada itu, bagi saingan pecut elit lelaki menyaksikan Muhammad Ridwan Sahrom merangkul pingat gangsa selepas menewaskan rakan senegara Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
Emas diraih pelumba Australia Sam Gallagher setelah mengatasi pelumba Korea Selatan Bae Junhyeong yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kejohanan berbasikal trek asia
#Nurul Izzah Izzati
#juara acara pecut elit wanita
#Siri Satu Piala Presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan