SUKAN
Olahraga Dunia: Duplantis pecah rekod dunia kali ke-14

Penonton ternyata cukup terpikat dalam aksi yang dipamerkan Duplantis di Tokyo. - Foto Stadium Astro
ARMAND Duplantis melakar rekod dunia kali ke-14 dengan percubaan terakhirnya ketika bintang lompat galah Sweden itu meneruskan penguasaan dengan memenangi gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut.
Ringkasan AI
- Armand Duplantis cipta rekod dunia baharu lompat bergalah 6.30m di Tokyo, sekali gus memenangi gelaran juara dunia buat kali ketiga berturut-turut.
- Atlet Sweden berusia 25 tahun ini kini memiliki 14 rekod dunia dan lapan pingat emas global, termasuk kejayaan Olimpik dan kejohanan dunia.
- Rekod ini adalah yang keempat dicatat Duplantis pada tahun 2025, mengukuhkan statusnya sebagai pelompat bergalah terhebat sepanjang zaman.
Kembali ke stadium, di mana Duplantis mencapai kejayaan besar buat pertama kali empat tahun lalu, Duplantis kini meraih satu lagi detik manis dalam penampilan terbaharunya.
Juara Olimpik dua kali itu melakar kejayaan meraih pingat emas apabila melepasi ketinggian 6.15m bagi mengetepikan cabaran Emmanouil Karalis sebelum meningkatkan lagi ketinggian palang dalam usaha untuk memecahkan rekod dunia miliknya.
6.30m menjadi rekod baharu dunia sekali gus menjadi rekod kejohanan dunia yang dilakar menyaksikan seluruh stadium dan pesaing lain turut meraikan kejayaan Duplantis yang cukup sukar digugat itu.
Selepas tamat saingan, Duplantis berkata, "Ia lebih baik daripada yang saya bayangkan. Untuk memecahkan rekod dunia ini adalah menakjubkan. Saya sangat gembira."
Ini merupakan rekod dunia keempat pada tahun 2025 oleh Duplantis.
Pemenang pingat gangsa Australia, Kurtis Marschall, "Ia adalah malam yang menakjubkan, peminat sangat hebat.
"Mondo semestinya dari planet yang berbeza -- dia melakukan perkara yang luar biasa, perkara yang dianggap mustahil oleh ramai orang.
"Saya tidak sabar untuk melihat apa yang dia mampu lakukan pada masa hadapan." -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami