awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2021
03:19 MYT
Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
Khairul Hafiz (kiri) dan Muhammad Haiqal menyifatkan keputusan untuk kembali ke pangkuan jurulatih tempatan itu sebagai langkah terbaik demi kemajuan prestasi dalam tempoh jangka panjang.
"Usah jadikan tindakan Speedy Jantan dan Haiqal Hanafi satu isu."
Demikian peringatan diberikan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad, berhubung keputusan dua pelari pecut tersebut untuk kembali berlatih di bawah kendalian bekas jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
Selepas tujuh bulan di bawah kendalian Pengarah Teknikal Olahraga, Dwayne Miller, dua pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan dan Muhammad Haiqal Hanafi memilih untuk kembali bersama Mohd Poad.
Ia dalam usaha kedua-dua pemenang pingat emas Sukan SEA itu mengembalikan semula rentak larian yang selama ini hilang.
Bagi Nazmizan, yang juga pemenang dua pingat emas Sukan SEA 2003, semua pihak seharusnya menyokong keputusan Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal demi masa depan mereka.
Nazmizan yang pernah berada dalam situasi sama menambah, keputusan ini tidak bermakna reputasi Miller, yang berasal dari Amerika Syarikat, akan tercalar.
BACA: 'Speedy Jantan' sudah kemuka sebab kepada KOM Isnin lalu, Khairul Hafiz - atau Speedy Jantan - yang merupakan pemegang rekod 100m kebangsaan, dilaporkan dijangka kembali 'berguru' bersama Mohd Poad. Hasrat sama turut dinyatakan Muhammad Haiqal, pemegang gelaran Raja Pecut Asia Tenggara. Khairul Hafiz, 22, dan Muhammad Haiqal, 21, masing-masing menyifatkan keputusan untuk kembali ke pangkuan jurulatih tempatan berusia 52 tahun itu sebagai langkah terbaik demi kemajuan prestasi dalam tempoh jangka panjang dengan aspek keserasian yang telah terbina menjadi faktor utama. Mohd Poad yang telah membimbing kedua-dua pemenang pingat emas acara 100m Sukan SEA itu sejak di bangku sekolah menengah, turut mengesahkan perkara berkenaan.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Sukan SEA
#Haiqal Hanafi
#speedy jantan
#dwayne miller
#pelari pecut
#Mohd Poad Md Kassim
#Muhammad Haiqal Hanafi
#Khairul Hafiz Jantan
#jurulatih
#larian
#demi masa depan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan