awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
05/08/2024
22:00 MYT
Olimpik Paris 2024: Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tatkala rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet negara memperoleh pingat pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru penghargaan turut diberikan kepada mereka yang berjuang membawa nama negara di peringkat antarabangsa, termasuk di temasya paling berprestij itu.
Beliau berkata kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
"Terima kasih Raja Pecut Negara - Muhammad Azeem Mohd Fahmi, atlet berbasikal lebuh raya wanita negara - Nur Aisyah Mohamad Zubir dan atlet pelayaran negara - Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.
"Kejayaan mereka untuk bertanding di peringkat antarabangsa, satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Teruskan berjuang dan bangkit dengan lebih kuat!," katanya menerusi hantaran di platform X, malam Isnin.
Malaysia setakat ini telah meraih dua pingat gangsa yang dihadiahkan oleh kem badminton negara melalui kejayaan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik semalam, serta pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, malam tadi.
Seramai 26 orang atlet Malaysia daripada sembilan jenis sukan membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#pingat
#perjuangan atlet
#Ahmad Zahid Hamidi
#Sukan Olimpik Paris 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan