awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Khairulnizam, Nur Shazrin terlepas peluang rebut pingat

Bernama
Bernama
05/08/2024
21:40 MYT
Olimpik Paris 2024: Khairulnizam, Nur Shazrin terlepas peluang rebut pingat
Nur Shazrin turun satu anak tangga dengan menduduki tempat ke-35 (215 mata penalti) selepas sembilan perlumbaan single-handed dinghy ILCA 6 wanita. - Foto REUTERS
PARIS: Dua pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong selepas gagal menempatkan diri ke perlumbaan pingat, hari ini.
Nasib ternyata tidak menyebelahi Khairulnizam apabila beliau tidak dapat berlumba pada saingan dekat Marseille Marina, selepas perlumbaan kesembilan dan kesepuluh single-handed dinghy ILCA 7 lelaki dibatalkan.
Pembatalan tersebut menyaksikan Khairulnizam menutup kempen keempatnya di pentas Olimpik dengan menduduki tempat ke-32 (168 mata penalti), selepas hanya mampu bersaing dalam lapan perlumbaan di lokasi yang terletak kira-kira empat hingga lima jam perjalanan, dari sini.
Dalam pada itu, Nur Shazrin turun satu anak tangga dengan menduduki tempat ke-35 (215 mata penalti) selepas sembilan perlumbaan single-handed dinghy ILCA 6 wanita, manakala perlumbaan kesepuluh acara sama dibatalkan.
Hanya 10 pelayar teratas mara ke perlumbaan pingat pada Selasa.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Khairulnizam Mohd Afendy
#Nur Shazrin Mohamad Latif
#pelayar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan