awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas

Bernama
Bernama
01/08/2024
02:00 MYT
Olimpik Paris 2024: Leon Marchand tambah dua lagi emas
Leon Marchand yang berusia 22 tahun itu muncul perenang pertama dalam sejarah memenangi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu dan 200m kuak dada pada temasya yang sama. - Gambar AP
ISTANBUL: Leon Marchand dari Perancis merangkul dua pingat emas untuk menjadi juara Olimpik berganda dalam satu sesi pada Rabu.
Atlet berusia 22 tahun itu muncul perenang pertama dalam sejarah memenangi acara 200 meter (m) kuak kupu-kupu dan 200m kuak dada pada temasya yang sama, lapor Agensi Anadolu.
"Ini menandakan Marchand sebagai perenang Perancis pertama yang memenangi tiga pingat emas, dan dia melakukannya dalam tempoh empat hari di hadapan lebih 15,000 penonton yang bersemangat di Pusat Akuatik Olimpik," kata Paris 2024 dalam satu kenyataan.
"Kurang dua jam sebelum itu, Marchand mengalahkan Kristof Milak dari Hungary dalam acara akhir 200m kuak kupu-kupu. Milak masih memegang rekod dunia acara itu, tetapi rekod Olimpik yang dilakukannya di Tokyo 2020 telah dipecahkan oleh Marchand," tambahnya.
Perenang Perancis itu merangkul pingat emas dalam acara 200m kuak kupu-kupu untuk rekod Olimpik dengan catatan masa 1:51.21 saat, mengatasi Milak dan Ilya Kharun dari Kanada.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Leon Marchand
#pingat emas
#renang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan