awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final

Bernama
Bernama
07/08/2024
05:45 MYT
Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final
Sorakan "Imane" bergema dari tempat duduk ketika Khelif menguasai lawannya Janjaem Suwannapheng dari Thailand untuk mengesahkan peluangnya mengulangi kejayaan rakan senegara Hocine Soltani yang memenangi emas acara 'lightweight' pada 1996. - Reuters
PARIS: Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros apabila peninju Imane Khelif yang terbabit dalam isu jantina berjaya mara ke final kategori 66 kilogram (kg) wanita di Sukan Olimpik Paris.
Sorakan "Imane" bergema dari tempat duduk ketika Khelif menguasai lawannya Janjaem Suwannapheng dari Thailand untuk mengesahkan peluangnya mengulangi kejayaan rakan senegara Hocine Soltani yang memenangi emas acara 'lightweight' pada 1996.
Khelif meraikan kemenangannya dengan tarian di gelanggang ketika penyokong Algeria bersorak riang.
Penyertaan Khelif dan peninju acara 'featherweight' Chinese Taipei Lin Yu-ting telah mencetuskan kontroversi antarabangsa sejak Khelif mengalahkan Angela Carini dari Itali dalam masa hanya 46 saat dalam pertarungan pembukaannya Khamis lepas.
Khelif dan Lin telah disingkirkan oleh Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA) semasa Kejohanan Dunia tahun lepas kerana gagal memenuhi kriteria kelayakan jantina.
Bagaimanapun, IBA yang tidak lagi diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana isu tadbir urus gagal memberikan sebarang bukti mengenai penemuan mereka.
Pada Isnin, sidang media IBA bertukar kecoh apabila presidennya Umar Kremlev membuat dakwaan tidak berasas mengenai Lin dan Khelif serta mengecam presiden IOC, Thomas Bach.
Khelif dan Lin dibenarkan kembali bertanding oleh IOC yang mengendalikan kejohanan tinju Paris 2024 dengan berkesan semasa ketiadaan IBA.
Kes itu telah menarik minat global dengan tokoh seperti bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan penulis Harry Potter JK Rowling, turut memberikan pandangan mereka mengenai isu berkenaan.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Algeria
#Imane Khelif
#isu jantina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan