awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita

Bernama
Bernama
11/08/2024
01:00 MYT
Olimpik Paris 2024: AS tewaskan Brazil untuk emas bola sepak wanita
Ini adalah kali ketiga Brazil tewas kepada Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita Olimpik. - Foto AP
PARIS: Amerika Syarikat (AS) meraih pingat emas acara bola sepak wanita selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Brazil di Sukan Olimpik Paris pada Sabtu, lapor Xinhua.
Jaringan Mallory Swanson pada minit ke-57 selepas menerima umpanan Korbin Albert sudah cukup bagi AS memenangi pingat emas bola sepak wanita Olimpik kelima mereka.
Brazil tampil lebih berbahaya sejak awal permainan. Selepas hanya dua minit, Ludmila memperoleh peluang terbaik melakukan jaringan namun percubaannya dinafikan penjaga gol AS, Alyssa Naeher.
Naeher turut cemerlang apabila menafikan percubaan Adriana menerusi tandukan pada minit keempat masa kecederaan.
Marta yang digantung pada aksi suku akhir dan separuh akhir masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61.
Namun, pemain berusia 38 tahun itu tidak dapat melakukan magisnya berdepan pasukan Amerika bermain lebih teratur.
Awal tahun ini, legenda Brazil itu mencadangkan bahawa dia akan bersara daripada bola sepak antarabangsa selepas Sukan Olimpik Paris.
Selepas kegagalan mereka di Sukan Olimpik 2004 dan 2008, ini adalah kali ketiga Brazil tewas kepada Amerika Syarikat dalam perlawanan akhir bola sepak wanita Olimpik.
Amerika Syarikat turut memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1996 dan 2012.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#pingat emas
#bola sepak wanita
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan