awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Olimpik Tokyo 2020: JOC akan lakukan yang terbaik

Agensi
Agensi
14/07/2020
23:52 MYT
Olimpik Tokyo 2020: JOC akan lakukan yang terbaik
Jepun tidak akan mengubah sasaran 30 pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan datang.
JAWATANKUASA Olimpik Jepun (JOC) berikrar akan melakukan yang terbaik untuk menyokong atlet, menjelang Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguhkan ke tahun depan.
Presiden JOC, Yasuhiro Yamashita memaklumkan pada Selasa, JOC akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 dapat dijalankan dengan selamat.
"Tidak siapa yang dapat meramalkan keadaan dalam tiga bulan, setengah tahun atau sebulan akan datang," kata Yamashita pada satu sidang media di Tokyo.
"Apa yang boleh saya katakan ialah, JOC akan lakukan apa sahaja untuk mengadakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang selamat dan terjamin,” tambahnya.
Yamashita juga berkata, penting bagi pihaknya untuk memudahkan kelangsungan acara agar mendapat sokongan masyarakat Jepun.
Beliau juga tidak akan mengubah sasaran Jepun untuk meraih 30 pingat emas, sambil menekankan atlet Jepun mampu mencapai tujuan itu sekiranya persediaan dibuat dengan baik.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditangguhkan bulan lalu ke slot baru pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.
Topic Berkaitan
#2020
#2021
#atlet
#COVID-19
#Jepun
#JOC
#Olimpik
#Olimpik Tokyo
#Paralimpik
#pingat emas
#presiden
#Tokyo
#Yasuhiro Yamashita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan