KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) memulakan inisiatif awal dengan menubuhkan skuad pelapis pada Januari tahun depan sebagai persediaan menghadapi Sukan Komanwel 2026.
Naib Presiden PABM Amirul Hamizan Ibrahim berkata persetujuan dicapai bersama Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung perkara itu dengan skuad pelapis berkenaan terdiri daripada atlet yang menyerlah di peringkat kebangsaan selain memenangi pingat emas dan perak di Sukan Malaysia (Sukma).
"Tujuh atlet dan seorang jurulatih akan kita ambil untuk berada dalam skuad pelapis itu. Kebanyakan atlet pelapis dalam lingkungan umur 14 hingga 21 tahun dan setakat ini kita sudah kenal pasti dua wanita dan lima lelaki.
"PABM juga dalam proses mengenal pasti jurulatih sesuai dan ia akan dirujuk semula kepada presiden untuk berbincang mengenai rancangan dan program yang boleh disediakan buat skuad itu," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) Sukan di MSN, di sini semalam.
Amirul Hamizan berkata bilangan atlet berada dalam barisan skuad pelapis itu turut diperluaskan untuk Sukan SEA 2025 di Thailand.
"Sasaran kita adalah untuk Sukan Komanwel nanti supaya tidak terlalu bergantung kepada tiga atlet senior sedia ada. Kita akan pastikan ada sandaran lain selain untuk memburu lebih pingat emas nanti.
"Bemula 1 Jan mereka akan dipanggil dan diuji. Kalau tiada masalah mereka akan kekal sehingga Sukan Komanwel 2026," katanya.
Menurutnya, kesemua atlet tersebut akan berpangkalan di MSN dengan segala elaun makan minum serta kecederaan ditanggung pihak berkenaan.
Sukan Komanwel 2026 sepatutnya berlangsung di Victoria, Australia sebelum mereka membuat keputusan menarik diri susulan peningkatan kos penganjuran yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023
Amirul Hamizan berkata bilangan atlet berada dalam barisan skuad pelapis itu turut diperluaskan untuk Sukan SEA 2025 di Thailand. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PABM catur langkah awal hadapi Sukan Komanwel 2026
Skuad pelapis terdiri daripada atlet yang menyerlah di peringkat kebangsaan selain memenangi pingat emas dan perak di Sukma.
Puvaneswaran kembali melatih skuad karate negara - Makaf
KPI jurulatih itu ialah mempertahankan status skuad negara selaku juara keseluruhan pada Sukan SEA di Hanoi, hujung tahun ini.
Atlet negara bakal terima rawatan setaraf kakitangan kerajaan
Kabinet Malaysia bersetuju dengan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bahawa nasib wira sukan negara perlu terus dibela.
Skuad pelapis badminton ke Kejohanan BAC
Skuad pelapis badminton negara akan menggalas cabaran Malaysia ke Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Taiwan, 16 April ini.